Sabtu, 9 Jun 2018

KEWIBAWAAN SUHAKAM PUN DIRAGUI !!!


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) MEMPERSOALKAN KEPUTUSAN untuk menyiasat wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin dan aktivis sosial Hishamuddin Rais di bawah Akta Hasutan 1948 kerana penulisan mereka baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, pengerusi SUHAKAM Tan Sri Razali Ismail berkata SUHAKAM mengingatkan pihak berkuasa bahawa kerajaan telah berjanji untuk memansuhkan kebanyakan undang-undang bersifat menindas di bawah kerajaan terdahulu termasuk Akta Hasutan.
"Justeru, PIHAK BERKUASA PERLU MENGELAK DARIPADA MENGGUNAKAN UNDANG-UNDANG TERSEBUT sebagai cara untuk menyekat perdebatan awam dan hak untuk mendapatkan maklumat.
"Rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui dan mempersoalkan bagaimana wang kerajaan dibelanjakan demi mencapai ketelusan dan kebertanggungjawaban," kata beliau.
Seharusnya, tiada isu harus dipertikaikan dalam konteks pendemokrasian, kata Razali.
Semalam, KETUA POLIS NEGARA TAN SRI MOHAMAD FUZI HARUN MENGESAHKAN BAHAWA KADIR, KINI DISIASAT DI BAWAH AKTA HASUTAN dan kerana memfitnah, berhubung catatan dalam blognya yang mendakwa kira-kira RM256.9 juta dibelanjakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong sementara Hishamuddin Rais dipanggil ke balai polis Sri Petaling di sini untuk merakamkan kenyataan berhubung artikel yang dikatakan berbaur hasutan dalam blognya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...