Rabu, 19 Disember 2018

#KES KEMATIAN ADIB: P. WAYTHA MOORTHY PERLU BERTANGGUNGJAWAB


KUALA LUMPUR: Nasib P WAYTHA MOORTHY sama ada PERLU MELEPASKAN JAWATAN MENTERI di Jabatan Perdana Menteri atau tidak, bergantung sepenuhnya pada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad, berkata hanya Dr Mahathir berhak memutuskan sama ada akur dengan desakan pelbagai pihak yang mahu Waytha Moorthy berundur daripada menganggotai Kabinet, atau tidak.

“Itu terserah kepada Tun Dr Mahathir. Beliau yang membentuk (memilih anggota) Kabinet, jadi terpulang kepada Perdana Menteri untuk pertimbangkan (desakan Waytha Moorthy meletak jawatan).

“(Kewajaran desakan) Tengok pada pandangan masing-masing mengenai sejauh mana PEMBABITAN WAYTHA MOORTHY DALAM KES itu sehingga boleh berlakunya tragedi berkenaan.

“Namun, soal PEMBABITAN WAYTHA MOORTHY DALAM ‘MENGANJURKAN’ RUSUHAN itu perlu disiasat, dan saya harap polis akan teruskan siasatan serta menahan dan mendakwa mereka yang didapati bersalah,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan program Solidariti Untuk Kemanusiaan-Kembara Rohani di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata demikian mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu Waytha Moorthy meletak jawatan, susulan KEMATIAN ANGGOTA BOMBA, MUHAMMAD ADIB MOHD KASSIM, 24, semalam selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 27 November lalu.

Mengulas lanjut, Khalid berkata semua pihak perlu berlaku adil dengan tidak menuding jari pada Waytha Moorthy semata-mata, kerana pihak yang menyerang kuil itu juga perlu dipersalahkan.

“Golongan yang mempertahankan kuil pun perlu dipersalahkan, kerana jika mereka duduk dalam kuil untuk pertahankannya tak jadi masalah, tapi mereka merusuh,” katanya.

Ditanya sama ada pihak berkuasa perlu bertindak terhadap Exco Selangor, V Ganabatirau, berhubung rusuhan itu, Khalid berkata ia bergantung sama ada beliau boleh disifatkan sebagai terbabit mencetuskan rusuhan itu.

“Yang penting, jangan kita salahkan keseluruhan kaum India atas peristiwa yang berlaku, malah bukan semua yang mempertahankan kuil itu terbabit.

“Mereka yang benar-benar terbabit dalam rusuhan dan tindakan membunuh itu yang perlu dikenakan tindakan,” katanya.

Terdahulu, Khalid dalam ucapannya, berkata penganjuran program Solidariti Untuk Kemanusiaan-Kembara Rohani, tepat pada masanya melihat kepada wujudnya usaha pihak tertentu yang mahu mencetuskan perbalahan dan perpecahan antara orang Islam dan bukan Islam di sini.

Rujukan: KLIK DISINI

Khamis, 6 Disember 2018

#ICERD: PEMUDA UMNO, UNIT AMAL PAS BERGABUNG


SHAH ALAM - Seramai 5,000 PEMUDA UMNO DAN JABATAN AMAL PAS (UNIT AMAL) AKAN DIGERAKKAN pada himpunan ummah bersempana kejayaan membantah ratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
 
Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bagi memastikan kelancaran dan keamanan sepanjang himpunan berlangsung pada Sabtu ini.

"Kira-kira 5000 Pemuda Umno dan Jabatan Amal Pas akan bergandingan dan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kami meminta agar rakyat Malaysia DAPAT BERHIMPUN DENGAN AMAN DAN TIDAK MENCETUSKAN SEBARANG UNSUR PERKAUMAN mahupun menyentuh sensitiviti mana-mana agama," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Asyraf, pihaknya akan memastikan sebarang bentuk provokasi sama ada melalui perbuatan, poster, laungan dan sorakan yang menyentuh isu-isu perkauman serta agama dilakukan oleh mana-mana individu akan segera diserahkan kepada pihak berkuasa.

"Kami juga berharap kerjasama semua pihak agar mengambil gambar individu yang tidak bertanggungjawab dan diserahkan kepada pihak keselamatan di samping menjaga disiplin termasuk kebersihan dengan membawa beg plastik sampah," katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa himpunan itu adalah solidariti rakyat bukan sahaja menolak ICERD tetapi membantah apa jua bentuk usaha untuk meruntuhkan keharmonian pelbagai agama dan kaum.

"Ini kerana kita adalah rakyat Malaysia cintakan keamanan yang telah dibina berpaksikan Perlembagaan Persekutuan dan mengikut acuan kita sendiri.

"Justeru Pemuda Umno MEMINTA SELURUH RAKYAT MALAYSIA BERSOLIDARITI DENGAN BERPAKAIAN PUTIH SELAMA SEHARI dan mengibarkan bendera Malaysia sebagai tanda kecintaan kepada keamanan dan keharmonian pelbagai agama serta kaum," katanya.

Rujukan: KLIK DISINI

Sabtu, 17 November 2018

ICERD: JANGAN CONTENG ARANG KEPADA PERJUANGAN NENEK MOYANG


KUALA TERENGGANU 16 Nov. - Dewan Pemuda Pas negeri mengajak SELURUH RAKYAT BERSATU BANGKIT MENENTANG USAHA UNTUK MENGIKTIRAF RATIFIKASI KONVENSYEN ANTARABANGSA MENGENAI PENGHAPUSAN BENTUK DISKRIMINASI KAUM (ICERD) yang dianggap cubaan terbuka untuk menghakis kedudukan umat Islam di negara ini.

Ketuanya, Kamaruzaman Abdullah menyifatkan ia suatu permulaan yang jelas MENGHINA DAN TIDAK BOLEH LAGI DIBIARKAN agar tidak menconteng arang terhadap perjuangan nenek moyang.

Kamaruzaman berkata, ini harus menjadi landasan kebangkitan baharu dalam perjuangan yang akan menjadi penentu kepada hidup mati perjuangan Islam di Malaysia.

"Nenek moyang kita dahulu bangkit berjuang menentang Malayan Union jadi, tak kan anak cucu ulama, Abdul Rahman Limbong hendak menconteng arang kepada perjuangan nenek moyang.

"Kita kena ingat perjanjian ini sekiranya berlaku akan MENCABULI PERLEMBAGAAN NEGARA dalam Perkara 153 apabila secara halus akan digubal undang-undang lain. Tiada guna lagi kuasa raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika berucap dalam Himpunan Aman Bantah ICERD di pekarangan Masjid Tengku Tengah Zaharah di sini hari ini.

Himpunan yang diadakan sejurus selepas solat Jumaat itu turut disertai Ketua Pemuda Pas, Muhamad Khalil Abdul Hadi dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Terengganu termasuk Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis).

Kira-kira 5,000 peserta berhimpun sambil kedengaran laungan ‘TOLAK ICERD’ DAN ‘BUKAN TANGGUH'.

Dalam perkembangan sama, Kamaruzaman memberitahu, pihaknya akan terus menggerakkan usaha dari semasa ke semasa bagi memberi kefahaman dan kesedaran kepada umat Islam di negeri ini tentang ICERD.

Sehubungan itu, katanya seluruh umat Islam perlu mengetepikan fahaman politik sebaliknya bersatu bagi membentuk kekuatan dalam menentang sebarang usaha untuk menghakis hak istimewa dan kepentingan Melayu sebagaimana ICERD.

"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memberi mesej yang sangat jelas JANGAN DILANGGAR LAMPU MERAH, kita Pemuda Islam akan terus teguh dan sanggup mempertahankan agama suci ini, InsyaAllah," katanya.

Sementara itu, Himpunan Aman Bantah ICERD itu turut diadakan di dua lokasi berbeza iaitu di pekarangan masjid negeri di Pahang dan di pekarangan Masjid Muhammadi di Kelantan.

Pada 4 November lalu, lebih 1,500 orang berhimpun secara aman di Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur yang bertujuan menentang usaha mengiktiraf polisi bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Himpunan yang digerakkan hasil inisiatif pelbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial dan parti politik itu turut disertai Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan dan Muhamad Khalil. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: KLIK DISINI


Selasa, 13 November 2018

KP SPRM KENA CERMIN DIRI DAN BARU BOLEH TUKAR KERAKYATAAN


KP SPRM MALU DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI.

PUTRAJAYA - Pelbagai skandal kleptokrasi yang melanda negara menyebabkan indeks persepsi rasuah (CPI) yang menunjukkan tren penurunan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull berkata, pada 2014 CPI negara mencatatkan 52 markah sahaja dan turun sehingga 47 tahun lalu.

“Adakah indeks ini makin baik atau makin buruk, ini adalah fakta," katanya.

Menurutnya, Malaysia terkenal di mata dunia sebagai negara kleptokrasi, bukan negara integriti.

"Ini memang memalukan.

"Malah ketika saya pergi ke luar negara pada 2016, ada orang luar tengak saya rupa Asia dan bertanya saya dari negara mana, saya malu nak sebut Malaysia (kerana pandangan mereka terhadap negara kita), saya cakap saya orang Indonesia,” katanya ketika berucap sebagai panel dalam Forum Permuafakatan SPRM-KPM 2018 di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya di sini hari ini.

Isnin, 24 September 2018

MENTERI KEWANGAN PENIPU UNTUK MENUTUP KESALAHAN SENDIRI


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan 17 SOALAN KHAS BUAT MENTERI KEWANGAN, Lim Guan Eng untuk membantu menteri berkenaan dan orang awam memahami fakta dan kebenaran.

Najib melalui catatan di Facebook peribadinya itu berkata, Guan Eng masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikannya tentang hal ehwal ekonomi negara.

“Oleh itu, saya kemukakan 17 soalan untuk bantu beliau dan orang awam memahami fakta dan kebenaran mengapa beliau tiba-tiba mahu menuding jari kepada saya,” katanya, malam tadi.

BERIKUT MERUPAKAN SOALAN KEPADA GUAN ENG.

1. Adakah benar kerajaan hilang RM30 bilion atau lebih bagi pendapatan tahun ini berikutan sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) selama 3 bulan serta pengenalan semula subsidi menyeluruh selepas PRU14?

2. Adakah benar tuntutan cukai input GST melonjak selepas GST disifarkan pada Jun 2018?

3. Adakah benar Malaysa adalah satu-satunya negara dalam sejarah dunia yang menghapuskan GST dan kembali kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST), pada ketika lebih banyak negara beralih kepada GST bagi meningkatkan daya saing negara mereka?

Adakah benar juga bahawa ada barang yang naik harga selepas SST dilaksanakan?

4. Adakah benar harga petrol di Malaysia pada masa ini adalah lebih rendah dari Arab Saudi yang mengeluarkan 20 kali ganda minyak sehari berbanding Malaysia dan lebih rendah dari negara Teluk?

5. Adakah benar sejak PRU14, pelaburan terus asing (FDI) bagi suku kedua 2018 jatuh kepada RM2.84 bilion (iaitu pelaburan paling rendah sejak 2008) daripada RM11.98 bilion berbanding suku pertama dan RM8.66 bilion bagi tahun sebelumnya, pertumbuhan KDNK pada 4.5 peratus bagi suku kedua 2018 adalah di bawah unjuran, Ringgit menyusut sebanyak 30 sen berbanding Dolar Amerika, berpuluh bilion ringgit pelaburan saham dan modal keluar dari Malaysia manakala Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menyusut dari AS$110 bilion setiap bulan kepada AS$103.9 bilion sehingga 15 September 2018.  


Sabtu, 18 Ogos 2018

MAHATHIR BERI LALUAN PARTY GAY TERBESAR DI KL ???


DEWAN Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menuntut Kementerian Wilayah Persekutuan MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS UNTUK MENYIASAT TERBESAR GAY PARTI yang akan diadakan selama tiga hari (30 Ogos hingga 1 September) di G Tower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Parti Kebangkitan 2018 adalah program tahun gay komuniti sejak tahun 2015. Program ini dianjurkan oleh Divine Bliss dan telah mendapat liputan besar-besaran media antarabangsa seperti portal Element (Asia media terkemuka LGBT network) dan The Gay Passport. 
Pihak penganjur juga dikatakan menyalurkan sebahagian keuntungan daripada penganjuran parti berkenaan sejak tahun 2015 kepada Yayasan PT, Majlis AIDS Malaysia, Rumah Pertiwi, Pertubuhan Wanita dan Kesihatan (WAKE) dan Pertubuhan Kebaikan dan Kesihatan Umum Malaysia.
DPPWP mendesak pihak Kementerian Wilayah Persekutuan bertindak tegas dan membatalkan parti ini dengan segera. JANGAN MENCEMARKAN RAKYAT DERMAWAN DAN NEGARA DENGAN PENGANJURAN PARTI YANG HINA INI.
Mohd Farkhan Md Zain 
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan 
5 Zulhijjah 1439 | 17 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 17/8/2018


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...