Khamis, 18 April 2019

165 PELAJAR, 81 GURU TERIMA ANUGERAH CEMERLANG


KUALA TERENGGANU, 18 April - SERAMAI 165 PELAJAR DAN 81 GURU sekolah menengah agama di  Terengganu menerima anugerah sempena kecemerlangan dalam SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) DAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM), tahun lalu.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 89 pelajar menerima anugerah cemerlang STAM dengan keputusan Jayyid Jiddan dan Jayyid.

Manakala, 16 pelajar cemerlang dalam STPM dan selebihnya menerima anugerah hasil pencapaian mereka dalam SPM 2018.

Anugerah tersebut disampaikan dalam Majlis Hafl El- Takrim Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu Tahun 2019, di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini, semalam.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika merasmikan majlis berkenaan sempat merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada penerima-penerima anugerah.

"Semoga kejayaan lalu akan menjadi pemangkin semangat kepada guru-guru untuk meneruskan kecemerlangan pada tahun-tahun akan datang," ucapnya.


Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat; timbalannya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Ajil, Maliaman Kasim serta Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah ADUN Bandar, Ahmad Shah Mohamed dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.

Majlis berkenaan diadakan bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar, guru-guru dalam kejayaan mereka di sekolah sekali gus menyemarakkan semangat baharu untuk meningkatkan aspresiasi kecemerlangan.

Dalam majlis tersebut, Dr. Samsuri turut menyampaikan Anugerah Khas Menteri Besar kepada dua pelajar cemerlang STAM iaitu Muhammad Faidhu Rahman Kamalruazmi dan Nik Karimah Nik Abdul Ghafar serta pelajar cemerlang STPM, Nur Syahidah Hassan.

Rujukan: KLIK DISINI

Isnin, 15 April 2019

TAHNIAH DR. AHMAD SAMSURI YDP PAS MARANG

MARANG - Menteri Besar Terengganu, DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR dipilih sebagai YANG DIPERTUA PAS KAWASAN MARANG yang baharu bagi menggantikan Yahaya Ali yang melepaskan jawatannya hari ini.

Ahmad Samsuri, 49, menang tanpa bertanding dalam pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Marang diadakan di Dewan Majlis Daerah Marang di sini. Turut menang tanpa bertanding adalah jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas disandang Mohd Nor Hamzah di samping Naib Yang Dipertua Pas kawasan itu, Ariffin Deraman.

Yahaya ketika berucap menyifatkan masa ini merupakan masa terbaik untuknya melepaskan jawatan itu selepas lima penggal diberi amanah memimpin Pas kawasan Marang. Beliau berkeyakinan penggantinya mampu menjalankan tanggungjawab memimpin berdasarkan reputasi sangat baik dalam kalangan masyarakat sekali gus boleh menjadikan Pas kawasan itu lebih kuat.

Pemimpin datang dan pergi adalah lumrah dalam kehidupan kita lebih-lebih lagi kita sebagai sebuah jemaah dan gerakan Islam.  Saya yakin orang yang menggantikan tempat saya Insya-ALLAH tidak akan mengecewakan para perwakilan, pemerhati dan ahli, katanya.

Beliau berucap demikian dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas Marang yang dirasmikan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad di Dewan Majlis Daerah Marang di sini hari.

Rujukan: KLIK DISINI

Selasa, 9 April 2019

SATU KEMALUAN BESAR UNTUK TONY PUAKA


Menerusi PENDEDAHAN TERBARU yang dibuat semalam oleh Timbalan Menteri Kewangan Dato’ Amiruddin Hamzah, sudah jelas lagi bersuluh bahawa Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak, TIDAK PERNAH membeli berlian merah jambu sepertimana didakwa oleh Tony Pua.
Biarpun begitu, natijah PERBUATAN PUA DAN TINDAK-TANDUK KARTUNIS ZUNAR sememangnya telah mencelar imej Rosmah dan Najib dan menjadi salah satu faktor yang menjurus kepada kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-14.
Persoalannya, adakah Pua dan Zunar akan meminta ampun daripada Rosmah, atau apakah kita akan menyaksikan isteri Najib menyaman mereka kerana menabur fitnah yang begitu dasyat?

TONY PUAKA SAH MENIPU apabila menuduh Rosmah membeli cincin berlian berwarna merah jambu. Sumber (gambar): Jae Senn

Pendedahan-pendedahan seperti yang dilakukan oleh Amiruddin inilah yang beransur-ansur merubah persepsi mereka dari kalangan umum terhadap Barisan Nasional.

Sebelum PRU14, mereka menuduh Rosmah membeli berlian dengan wang yang dicuri dari 1MDB.
Kini, mereka mengesahkan bahawa agen yang membawa berlian tersebut ke dalam negara hanya berbuat demikian agar ianya dapat ditayang sebelum dibawa balik ke negara asal.
Begitu juga, sebelum PRU14, mereka menuduh Najb berbohong berkenaan derma RM2.6 bilion biarpun terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa dana tersebut sememangnya merupakan dana politik dari kerabat Saudi yang disalurkan menerusi syarikat Tanore dan dipulangkan hampir keseluruhan menerusi syarikat yang sama apabila tidak digunakan.
Rujukan: KLIK DISINI

Rabu, 3 April 2019

KEBENGAPAN/KEBODOHAN TOMMY THOMAS SEMAKIN MENYERLAH


PENYATAAN PEMBUKAAN OLEH TOMMY THOMAS ‘MENGARUT’

KUALA LUMPUR – Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa separuh daripada penyataan pembukaan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas sebenarnya TIDAK BERASAS DAN TANPA BUKTI KUKUH.
Sebaliknya, ia merupakan ucapan berbau politik semata-mata.
“Saya tidak sangka penyataan pembukaan begitu TERUK DAN MENGARUT sebenarnya.
“Yang kedua (ucapan) terakhir itu langsung TIDAK MEMPUNYAI FAKTA Semuanya seperti ucapan politik semata-mata.
TIDAK ADA ALASAN KUKUH LANGSUNG, malah seperti yang saya katakan sebelum ini, saya nyatakan sekali lagi, sudah tentu kita akan menang kerana kes ini tidak mempunyai dakwaan yang kukuh dan kuat sebenarnya,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan Kompleks Mahkamah selepas prosiding di tangguhkan sehingga 15 April depan.
Tommy semasa membacakan pernyataan pembukaan mendakwa, pihaknya akan membuktikan Datuk Seri Najib Razak pada 10 Februari 2015 telah memasukkan RM10 juta iaitu wang hasil aktiviti haram daripada akaun peribadinya ke akaun-akaun peribadi yang lain.
Peguam Negara itu menambah, pendakwaan akan membuktikan bahawa Najib mengeluarkan sebanyak 15 cek peribadi daripada akaun beliau berjumlah RM10,776,514.00.
BERSAMBUNG dan KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...