Jumaat, 30 September 2016

TSMY Perdana Menteri Tunggul ????

GILA KUASA. Itulah antara lirik dalam lagu OPERA HIDUP oleh kumpulan Wings yang ditujukan tepat kepada Mahathir dan pakatan pembangkang .

Wahyu dari London telah turun daripada Pengerusi PPBM  untuk  meletakkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri jika Pembangkang memenangi PRU14 .

Hebat betul Pengerusi PPBM lebih besar daripada Presiden parti. Ini juga  bermakna Perdana Menteri tidak boleh membuat keputusan dan akan merujuk terlebih dahulu keputusan Pengerusi.
Muhyiddin hanya  jadi tunggul dan boneka PM  saja untuk Mahathir.

Selasa, 27 September 2016

Muhyiddin yang lebih gemar untuk bercuti daripada mengurus berparti

Ahli PBMM Mula Mengeluh, Muhyiddin Semakin Lesu

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan semakin lesu walaupun telah hampir sebulan ditubuhkan.

Selain ahli yang baharu berdaftar, kegusaran itu turut disuarakan oleh orang-orang kuat parti yang menyifatkan momentum semakin menurun hari demi hari.

Malah mereka turut membandingkan PPBM dengan PKR yang dikatakan mempunyai gerakan yang lebih tersusun di awal penubuhannya.

Ahad, 25 September 2016

SUAMI/ISTERI CURANG BERPUNCA DARIPADA APLIKASI WHATSAPP/FACEBOOK !!

SEJAK aplikasi WhatsApp menjadi 'trend' penggunaannya dalam masyarakat, pelbagai kisah yang telah disoroti sama ada baik mahupun buruk.
Kalau diteliti, boleh dikatakan penggunaan aplikasi ini lebih banyak keburukan sepertimana yang dipaparkan di media.

Antaranya, menurut Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk/Imam Kariah Taman Keladi, Abidin Hasan dipetik sebagai berkata, WhatsApp boleh menjadi punca keruntuhan rumah tangga.

Ujar Abidin, pernah suatu ketika ada pasangan datang kepadanya mengakui WhatsApp menjadi punca mereka berpisah.

"Situasi ini melibatkan isteri/suami yang menyedari suami/isterinya menjalinkan hubungan dengan wanita/lelaki lain menerusi kiriman WhatsApp yang turut disulam dengan ayat-ayat cinta dan kemesraan," katanya.

Isnin, 12 September 2016

Kerapuhan Kuasa Politik Negara Mengundang Campur Tangan Asing

Memerhatikan pergelutan politik yang semakin memuncak pada waktu dan ketika ini membuatkan negara kita berada dalam keadaan yang sangat rapuh.

Fasa yang sangat rapuh ini memberi peluang buat orde baru dunia dalam kes ini (Amerika Syarikat dan China) menyelinap masuk ke dalam hal ehwal dalaman politik negara dan mengukuhkan lagi cengkaman mereka melalui proksi-proksi politik.

Proksi-proksi ini terbahagi kepada dua. Yang satu mahu mengekalkan kuasa politik mereka, dan yang satu mahu menjatuhkan lawan politik mereka. Walau begitu, kedua-duanya ada satu ciri persamaan iaitu dengan memohon bantuan kuasa asing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...