Memaparkan catatan dengan label Tommy Thomas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tommy Thomas. Papar semua catatan

Khamis, 2 Mei 2019

JANGAN SALAHKAN ISTANA JOHOR ISU RATIFIKASI STATUT ROM


AMPANG – Gabungan Gerakan Perpaduan Kebangsaan (GerakPadu) MEMBERI AMARAN KEPADA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (PH) agar tidak meletakkan kesalahan yang tindakan meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kepada Istana Johor.
Sebaliknya pengerusinya, Datuk Mohd Razlan Rafii menegaskan, Kerajaan PH KHUSUSNYA MENTERI LUAR, DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH DAN PEGUAM NEGARA, TOMMY THOMAS sepatutnya bertanggungjawab atas tindakan mereka yang didakwa mahu menghakis kuasa raja-raja di negara ini.
“Kerajaan PH, jangan letakkan kesalahan kamu kepada kerabat DiRaja Johor. Jangan letakkan kesilapan mereka kepada Kesultanan Johor. Tengku Mahkota Johor (TMJ) sudah buat satu pendedahan dan ia diterima oleh rakyat bahawa ia adalah satu kesalahan yang telah dilakukan oleh PH.
“Disebabkan kamu ini tidak mengikut perundangan dan langkah-langkah yang sepatutnya, kamu telah gagal untuk ratifikasi Statut Rom dengan cara yang betul.
“Justeru, jangan salahkan orang lain kerana ia melibatkan Perlembagaan dan inilah yang terjadi di dalam keadaan kita pada hari ini, KESILAPAN YANG TIDAK DIAKUI OLEH SAIFUDDIN DAN TOMMY THOMAS,” katanya pada sidang media hari ini.
Mohd Razlan juga menegaskan kerajaan PH supaya berhenti daripada mengelirukan masyarakat sehingga menyebabkan rakyat menghina Raja-Raja Melayu.
“Ketidakfahaman ini mesti dihentikan, jangan kita mainkan perkara-perkara ini sehingga rakyat terbuka menghina Raja-Raja kita, yang akhirnya akan menyebabkan pertembungan dua pemahaman tidak betul hingga menghilangkan kuasa Raja-Raja kita.
“Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kepada kedaulatan undang-undang, Perlembagaan, cintakan kepada kesultanan raja-raja kita kami akan terus memperjuangkan perkara ini.
“Pertembungan di antara gologan elit dengan kesultanan raja-raja ini bukan perkara baru sejak 1895 lagi perkara itu telah berlaku, Raja-Raja Melayu tetap menang dan dinobatkan sebagai kepimpinan negara yang tertinggi,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa rakyat Malaysia agar turun beramai–ramai ke ibu negara, Sabtu ini untuk menyertai Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam (405) bagi membantah ancaman kedaulatan negara dan agama Islam.
“Saya menyeru semua NGO untuk turut serta di dalam perhimpunan ini bagi membantah gerakan sulit oleh golongan liberal di negara ini untuk menghapuskan sistem beraja.
“Pada Sabtu lepas umum mengetahui bahawa ada satu forum yang telah dihadiri sendiri oleh peguam negara dan beberapa orang yang berfikiran terlalu liberal.
“DALAM FORUM ITU DULI YANG MAHA MULIA YANG DI-PERTUAN AGONG DIPERSENDAKAN dan dapat satu tepukan gemuruh daripada hadirin.
“Ini menunjukkan gerakan ini amat bahaya dan sudah sampai ke penghujung, MEREKA MAHU MENGHAPUSKAN SISTEM BERAJA, menghasut rakyat agar tidak menghormati Raja-Raja Melayu, agama Islam kita di sebalik perundangan triniti antarabangsa itu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Rujukan: KLIK DISINI

Rabu, 3 April 2019

KEBENGAPAN/KEBODOHAN TOMMY THOMAS SEMAKIN MENYERLAH


PENYATAAN PEMBUKAAN OLEH TOMMY THOMAS ‘MENGARUT’

KUALA LUMPUR – Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa separuh daripada penyataan pembukaan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas sebenarnya TIDAK BERASAS DAN TANPA BUKTI KUKUH.
Sebaliknya, ia merupakan ucapan berbau politik semata-mata.
“Saya tidak sangka penyataan pembukaan begitu TERUK DAN MENGARUT sebenarnya.
“Yang kedua (ucapan) terakhir itu langsung TIDAK MEMPUNYAI FAKTA Semuanya seperti ucapan politik semata-mata.
“TIDAK ADA ALASAN KUKUH LANGSUNG, malah seperti yang saya katakan sebelum ini, saya nyatakan sekali lagi, sudah tentu kita akan menang kerana kes ini tidak mempunyai dakwaan yang kukuh dan kuat sebenarnya,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan Kompleks Mahkamah selepas prosiding di tangguhkan sehingga 15 April depan.
Tommy semasa membacakan pernyataan pembukaan mendakwa, pihaknya akan membuktikan Datuk Seri Najib Razak pada 10 Februari 2015 telah memasukkan RM10 juta iaitu wang hasil aktiviti haram daripada akaun peribadinya ke akaun-akaun peribadi yang lain.
Peguam Negara itu menambah, pendakwaan akan membuktikan bahawa Najib mengeluarkan sebanyak 15 cek peribadi daripada akaun beliau berjumlah RM10,776,514.00.
BERSAMBUNG dan KLIK DISINI

Ahad, 3 Jun 2018

10 SEBAB KENAPA TOMMY THOMAS TIDAK SESUAI DILANTIK SEBAGAI PEGUAM NEGARA


CEO IKSIM menyenaraikan 10 SEBAB KENAPA TOMMY THOMAS TIDAK SESUAI dilantik sebagai Peguam Negara. Menurut beliau, keputusan Kerajaan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara

1.   Adalah bercanggah dengan Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang”. Ini kerana seorang yang bukan Islam sudah tentulah tidak akan dapat membantu Yang di-Pertuan Agong “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” yang termaktub di dalam Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Islam ialah agama bagi Persekutuan”, khususnya di dalam apa-apa perkara undang-undang yang menyentuh prinsip-prinsip Islam. Malah pendirian tegar Tommy Thomas dan peguam-peguam Islam yang sealiran dengannya kononnya Malaysia adalah negara sekular jelas bercanggah dengan Sumpah Negara di bawah perkara 37(1) itu. Justeru mereka yang berpemikiran sedemikian TIDAK LAYAK sama sekali untuk dicadangkan sebagai Peguam Negara.


2.   Menurut kenyataan media itu lagi, keputusan mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara juga boleh mendatangkan kerumitan kepada penggubalan dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh isu-isu membabitkan Islam. Ini kerana di dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse Of Power” pada 2016 Tommy tegar berhujah mengenai betapa Malaysia adalah BUKAN negara Islam. Maka pendirian sebegini jelas bertentangan dengan berbagai peruntukkan Perlembagaan seperti Perkara 3(1), Perkara 11(4), Perkara 12(2) Perkara 37(1)komitmen YDPA sebagai The Supreme Head of Federation untuk mendaulatkan Islam pada setiap masa, Butiran 1 kepada Perkara 74, Perkara 121(1A) dan semua dasar yang menyentuh kepentingan Islam.

3.   Cadangan perlantikan ini juga boleh mendatangkan kerumitan kepada penggubalan dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh isu-isu membabitkan Islam. Ini kerana di dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse Of Power” pada 2016 Tommy menyebut betapa keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang akur kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah bila timbul pertikaian membabitkan konflik antara undang-undang sivil dan undang-undang syariah adalah keputusan yang salah; betapa keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes penggunaan nama Allah oleh Gereja Katolik adalah keputusan yang salah, serta betapa rayuan dalam isu pertikaian antara Islam dan Kristian perlu diputuskan oleh hakim-hakim yang beragama Hindu, Buddha, ateis atau agnostic.

4.   Perkara ke empat yang disebut di dalam kenyataan media tersebut sebagai sebab kenapa Tommy Thomas tidak sesuai dilantik sebagai Peguam Negara ialah kerana perlantikan tersebut boleh menjejaskan dasar kerajaan dan boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang bercanggah dengan pendirian kerajaan terhadap Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara. Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menyifatkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara sebagai tidak mempunyai asas perlembagaan dan perundangan.

5.   Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang kontroversi terhadap pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng. Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menceritakan mengenai kedudukan beliau sebagai peguam Chin Peng dan PKM selain mendesak Kerajaan Malaysia MEMBENARKAN MAYAT CHIN PENG DITANAM DI SITIAWAN, PERAK, serta mengisytiharkan Chin Peng sebagai “one of the great liberation fighters of the second half of the twentieh century” dan “a major contributor to Merdeka” sedangkan ini bercanggah dengan pandangan majoriti rakyat Malaysia terhadap Chin Peng yang menyifatkan Chin Peng sebagai musuh negara.

6.   Cadangan perlantikan ini juga adalah bercanggah dengan Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan”. Ini kerana telah menjadi pengetahuan umum bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara dan mengikut Perlembagaan Persekutuan perlantikan Peguam Negara hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

7.   Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 11 di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang berbunyi “KERAJAAN PAKATAN HARAPAN AKAN SENTIASA MELETAKKAN PANDANGAN DAN TEGURAN DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA MELAYU DI TEMPAT TERTINGGI, IAITU SESUAI DENGAN KEDUDUKAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DALAM NEGARA KITA” yang menghendaki Pakatan Harapan akur dengan keputusan Raja-Raja Melayu. Ini kerana telah menjadi pengetahuan umum bahawa Raja-Raja Melayu tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara.

8.   Cadangan perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara juga, menurut CEO IKSIM, adalah bercanggah dengan prinsip keadilan sejagat kerana ia membabitkan kepentingan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Ini kerana Lim Guan Eng sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah di mahkamah yang kuasa untuk meneruskan atau menghentikannya berada di dalam tangan Peguam Negara di mana kedudukan Tommy sebagai peguam Lim Guan Eng dan sebagai peguam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sewaktu Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini memungkinkan Tommy memihak kepada Lim Guan Eng.

9.   Tommy Thomas akan menghadapi masalah untuk bekerja dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana beliau adalah pengkritik tegar Tun Dr Mahathir sebelum ini. Di dalam buku beliau bertajuk “Abuse Of Power” pada 2016 Tommy menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai “a very authoritarian leader who did not brook dissent”. Di dalam The International Bar Association (IBA)’s 3rd Asia Pacific Regional Forum Conference di Kuala Lumpur pada 25–27 November 2012 Tommy berkata: “The darkest days were in the authoritarian leadership of our 4th Prime Minister, Dr Mahathir, who ruled for 22 years from 1981 to 2003.”

10. Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 15 di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang berbunyi “Peguam Negara akan dilantik dari kalangan Ahli Parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan”. Ini kerana Manifesto Pakatan Harapan berjanji untuk melantik Peguam Negara dari kalangan Ahli Parlimen sedangkan Tommy Thomas adalah bukan seorang Ahli Parlimen. 

Sumber:  KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...