Isnin, 30 Mei 2016

PRESIDEN MIC MACAM LALANG ???

SUBANG JAYA: Presiden MIC, Datuk S Subramaniam bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain akan meletakkan jawatan daripada kabinet jika hudud dilaksanakan.

"Jika selepas semua usaha kami hudud masih dilaksanakan, saya akan meletakkan jawatan dalam kerajaan," katanya dalam mesyuarat luar biasa (EGM) MIC di Subang Jaya hari ini.

Pengumuman beliau disambut dengan tepukan gemuruh daripada perwakilan.

Semalam Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong mengancam akan meletakkan jawatan dalam kabinet sekiranya hudud diluluskan.

Sabtu, 28 Mei 2016

PAS Tidak Akan Beri Laluan Kepada Pakatan Harapan

MARANG – Pas bertegas tidak akan berunding dengan Pakatan Harapan bagi memberi laluan kepada mereka meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas tidak mahu lagi bekerjasama dengan pembangkang yang menyertai pakatan itu memandangkan selama ini Pas banyak berkorban untuk menyelamatkan reputasi pakatan pembangkang.

“Kalau nak suruh Pas bekerja bagi pihak dia, Pas memang tidak boleh terima lagi sebab banyak kawasan yang kita lepaskan kepada mereka sebelum ini yang tidak diambil peduli, hanya orang Pas yang buat kerja untuk mereka.

Jumaat, 27 Mei 2016

DAP PERLU DIAJAR HIDUP DALAM MALAYSIA

MARANG - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa Ahli Parlimen DAP yang mempertikaikan usul yang dibawanya mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat semalam adalah tidak beradab dan ingin memusuhi Islam.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan tindakan DAP yang terus melenting sebaik usul itu dibentang semalam jelas menunjukkan sifat mereka yang biadab dan anti Islam.

Khamis, 26 Mei 2016

Mahathir Sanggup Ke Istana Dengan Tandatangan Palsu

Deklarasi Rakyat main kotor dapatkan tandatangan dalam masa singkat

KUALA LUMPUR: Sekumpulan individu yang diketuai pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard hari ini tampil mendakwa kumpulan pendokong Deklarasi Rakyat memalsukan tandatangan rakyat untuk mendapatkan jumlah yang banyak dalam tempoh singkat.

Bagi menguatkan hujah tersebut, seorang lelaki yang didakwa terlibat dalam pemalsuan itu turut diketengahkan.

Lelaki yang dikenali sebagai Azharuddin Othman dan bekerja sebagai pengaturcaraan komputer bebas secara sambilan mendedahkan, beliau dihubungi seseorang yang dikenali sebagai Ratu Naga menawarkan khidmat untuk membeli pengkalan data (database) rakyat Malaysia bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk projek Deklarasi Rakyat.

Rabu, 25 Mei 2016

'Semuanya sudah selesai, saya nak buat kerja'

KUALA NERUS: "Semuanya sudah selesai, semua dah berakhir. Saya nak buat kerja dan saya akan bergerak ke hadapan," kata Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang memetik ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bertegas meminta semua kepemimpinan Umno dan ketua jabatan menghentikan spekulasi siapa pengganti Menteri Besar Terengganu. 

Ahmad Razif berkata, sebagai Perdana Menteri dan presiden Umno, Najib sudah dengan jelas memberi pengiktirafan kepadanya sebagai Menteri Besar dan yakin kemelut di Terengganu sudah berakhir

Ahad, 22 Mei 2016

Pecat Pengerusi JKKK Cuai Jalan Tugas Dan Pentingkan Projek

Kerajaan Terengganu tidak akan berkompromi dengan mana-mana Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang tidak menjalankan tugas dengan baik sebagaimana yang telah ditetapkan.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, tindakan tegas akan diambil termasuk menamatkan perkhidmatan secara serta-merta sekiranya JKKK tersebut melanggar peraturan dan tidak menepati Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang dilaksanakan di bawah transformasi politik menerusi konsep Transformasi Terengganu Baharu (TTB).

"Kita tak mahu ada lagi pengerusi JKKK yang tidak melakukan kerja dengan baik yang mana mereka tidak ambil tahu mengenai masyarakat di kawasan mereka... kita juga tak nak dengar lagi rakyat merungut JKKK mereka mementingkan kroni sahaja hingga nak tandatangan borang pun susah.

Jumaat, 20 Mei 2016

Candat Sotong: Mei dinanti nelayan

MARANG - Bagi nelayan di daerah ini, Mei adalah bulan dinanti-nantikan kerana perairan Laut China Selatan di sini akan memberikan rezeki berganda berbanding bulan lain.

Nelayan pantai malah nelayan laut dalam akan ke laut menangkap sebanyak mungkin hasil laut terutama sotong yang membanjiri perairan berkenaan sepanjang Mei sekali gus memberi keuntungan berganda.

Nelayan, Azman Idris, 37, yang ditemui di Pulau Kekabu, di sini, semalam, mengakui ketika ini mereka mampu menaikkan sotong dalam kuantiti lebih banyak dalam tempoh semalaman berada di laut berbanding hari biasa.

Selasa, 17 Mei 2016

Penguatkuasa MDM Perlu Tegas Dalam Menangani Perkara Ini

MARANG - Polis Daerah Marang dengan kerjasama pihak Majlis Daerah Marang (MDM) bertindak menurunkan sebanyak 360 kain rentang, 'banner' dan iklan pinjaman wang haram atau Ah Long, di daerah ini, hari ini.

Operasi yang dilakukan bersama-sama anggota MDM bermula 8 pagi hingga 12 tengahari itu turut membabitkan sekumpulan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang.

Ketua Bahagian Pengurusan Polis Daerah Marang, Asisten Superintendan Mohamad Zohan Seman berkata, operasi itu memfokuskan lokasi sekitar kawasan pentadbiran IPD Marang meliputi kawasan Bandar Marang, Merchang, Bukit Payung, dan Wakaf Tapai.

Ahad, 15 Mei 2016

#Banjir KL: Agensi/Perseorang Terlibat Kecut Telur !!!!!!

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah dalam pembangunan projek-projek di ibu negara, khususnya yang membabitkan projek mega, sehingga menyebabkan kejadian banjir kilat baru-baru ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata pihak berkuasa yang berwajib akan diminta menjalankan siasatan itu dan menyediakan laporan lengkap mengenainya bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Bencana Alam berkata pihak yang saling menuding jari dalam permasalahan itu juga akan diminta duduk bersama bagi mencari jalan terbaik untuk menangani isu berkenaan.

Isnin, 9 Mei 2016

“Bagus juga pecat, kerana Pas dah rugi banyak

RANTAU PANJANG - “Bagus juga pecat, kerana Pas dah rugi banyak kerana pertahan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa,” kata Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Razak Abas, semalam.

Razak berkata, tidak ada baiknya mempertahankan Husam kerana kritikannya tidak pernah memberi kebaikan kepada Pas.

Menurutnya, kelab ini menyambut baik pemecatan Husam dalam Pas kerana ia akan menguatkan lagi kepimpinan Pas.

Lebih-lebih lagi katanya, pemecatan itulah yang dinanti-nantikan oleh Husam selama ini, bukan hanya kerana mahu menyertai parti lain malah terlepas daripada Baiah.

Sabtu, 7 Mei 2016

SAMAN JANGAN TAK SAMAN SELESAI MASALAH

AHMAD BASHAH CAKAP IKUT SEDAP MULUT.
Hari ini pengasas D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menawarkan RM100 juta pula - jika Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempunyai bukti beliau mahu 'merampas' tanah di Kedah.
"Kalau ada bukti mengatakan saya mahu rampai tanah hak Kedah, saya sanggup berikan RM100 juta. Bukan RM30 juta, tapi RM100 juta.
"Saya ada duit, kalau betul-betul saya nak tanah boleh beli tanah di Selangor. Kenapa nak pergi ke cerok Kedah?" katanya pada sidang media di Wisma D'Herbs, Kota Damansara, hari ini.

Khamis, 5 Mei 2016

MBKT Tawar 16 Tempat Bazar Ramadan 2016

KUALA TERENGGANU - Orang ramai yang berminat untuk berniaga di tapak Bazar Ramadan di sekitar kawasan bandar raya Kuala Terengganu boleh mendapatkan borang permohonan petak jualan bermula hari ini (2 Mei) dan selewatnya 16 Mei.
Penolong Pengarah Perlesenan, Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Tengku Suhaimi Tengku Abu Bakar berkata, setakat ini sejumlah 16 tempat perniagaan dalam kawasan MBKT dikenal pasti bagi tujuan itu.
“Kita kenal pasti tempat perniagaan beserta tempat jualan borang, pengurusan dan kanopi untuk memudahkan peniaga membuat urusan berkaitan,” katanya.
Menurut beliau, kawasan berkenaan ialah pasar Chabang Tiga, Manir, Bukit Besar, Kedai Buluh, Batu Enam, tapak pasar malam Wakaf Tengah, tapak pasar malam Gong Badak, tempat letak kereta Batu Burok, Taman Permint Jaya dan Pengadang Baru.
“Juga di tapak pasar malam di Jalan Budiman, di samping Dataran Taman Purnama, Kampung Baru Seberang Takir, tempat letak kereta Masjid Tengku Tengah Kuala Ibai, pasar Teluk Ketapang dan pasar Bukit Tunggal,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, pemohon boleh hadir sendiri ke Pejabat Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan berkenaan dengan membawa bersama kad pengenalan asal.

“Bayaran permit adalah RM70 dan bagi peniaga air tebu, air kelapa, ayam bakar/pusing dan ikan bakar akan dikenakan bayaran tambahan RM30,” ujarnya.
Sumber: KLIK DISINI

Rabu, 4 Mei 2016

Saman Boboi Bukan Nak Duit Tapi Nak Sekat Kebebasan Bercakap

Khabarnya anak manja daddy menyaman seorang pegawai di pejabat Perdana Menteri hari ini kerana membuat tuduhan yang maha jahat dan maha buruk dalam dunia iaitu dengan mengatakannya NAK JADI PERDANA MENTERI!!

Nampak bodohkan tuduhan macam itu? Ingat tuduh nak jadi lanun ke, jadi peliwat ke, sentaplah jugak, ni tuduh nak jadi Perdana Menteri.

Ahad, 1 Mei 2016

PM Beri Kepercayaan Untuk Saya Terus Tadbir Terengganu - 'Tahniah Ahmad Razif

MAT NELANG MEROYAN ???

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman melahirkan kesyukuran di atas berakhirnya kemelut yang melanda negeri itu sejak dua minggu lalu itu.

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di atas komitmen dalam menyelesaikan kemelut berkenaan, seterusnya memberi kepercayaan kepada beliau untuk terus mentadbir Terengganu.

"Syukur ... saya yakin apa yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya.

"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan terhadap saya serta komitmen yang diberikan oleh beliau dalam menyelesaikan isu yang melanda negeri ini sejak minggu lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...