Jumaat, 26 Ogos 2016

Tiga tokoh yang dinamakan oleh Sarawak Report sebagai ‘dalang’ yang mendedahkan 1MDB di luar negara

Tiga tokoh yang dinamakan oleh Sarawak Report sebagai ‘dalang’ yang mendedahkan 1MDB di luar negara digesa tampil membersihkan nama mereka.

Tiga tokoh yang dimaksudkan ialah bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamad.

Penampilan tiga tokoh itu penting supaya rakyat tidak terus tertanya-tanya tentang adakah benar atau tidak ketiga-tiga tokoh yang pernah berada di kemuncak kerjaya masing-masing sanggup berbuat demikian.

Mereka perlu membuat laporan polis untuk membersihkan nama mereka.

Ini amatlah penting sebagai bekas Gabenor Bank Negara, sebagai bekas AG dan sebagai bekas tunjang utama SPRM yang jasa mereka amat besar kepada negara dan rakyat, mereka tidak harus berdiam diri dengan dakwaan Sarawak Report itu.

Bulan lalu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap Zeti, Abdul Gani dan Abu Kassim.

Khairul Azwan mendakwa tiga Tan Sri itu memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi asing tanpa kebenaran dan memalsukan butiran untuk mencapai agenda mereka.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan menyiasat laporan ketua Pemuda Umno itu kerana ia dibuat berdasarkan andaian.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad menambah kecamuk dalam isu tersebut dengan mengatakan terdapat empat individu bergelar 'Tan Sri' dan salah seorang daripada mereka mungkin mengkhianati yang lain.

Sebelum ini, bekas perdana menteri itu memberi gambaran tiga pegawai tinggi kerajaan yang dituduh bersubahat untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak telah "dikhianati".

"Ada seorang yang tidak termasuk. Terdapat empat daripada mereka, seorang daripada mereka tidak termasuk," kata bekas perdana menteri itu.

Mengulas lanjut, Jamelah, Pengerusi Biro Media dan Penerbitan Wanita Umno berkata, kerajaan dan rakyat negara ini yang menghargai jasa ketiga-tiga tokoh berkenaan berhak mengetahui kedudukan perkara sebenarnya.

"Mereka perlu sama ada melalui peguam mereka atau laporan polis dibuat ke atas penulis dan penerbit Sarawak Report untuk membersihkan nama mereka.

“Janganlah beban diri dengan tuduhan yang berat itu dan kerajaan dan rakyat tertanya-tanya tentang kedudukan perkara sebenarnya”, ujar beliau lagi.


Sumber: wakeupmalaya

Isnin, 22 Ogos 2016

PARTI PRIBUMI MEMANG PARTI BODOH ???

Mungkin Mati Celik, Harapan Satu Lawan Satu Nampak Tak Jadi Kenyataan.

Kerusi Parlimen di Malaysia ada 222 sahaja sejak 2004, sementara kerusi DUN pulak 505 - tak termasuk di Sarawak dan pertambahan 13 kerusi lagi yang bakal berlaku di Sabah.

Maksud dah 3 penggal macam itu tak berubah. Setiap parti politik 'senior' di negara ini dah terbiasa dengannya. Sebut saja kawasan mana dah tahu siapa tanding, kok ada berubah pun sana sikit, sini sikit, majoritinya masih sama.

Tapi masuk pulak parti Pribumi ini, nampak macam bodoh sikit. Senang-senang dia kata nak bertanding di kerusi tradisi yang PKR dan PAS dah berkurun bertanding. Mudah sungguh dia buat kenyataan semacam itu, tanpa kehadiran pihak yang dia nak ambil alih kerusinya ni - PAS dan PKR.

Selasa, 16 Ogos 2016

TAHNIAH DAN SYABAS PAS: KENAPA PAS BOLEH TAPI UMNO TIDAK ???

Setiausaha Agong PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pada sidang media Pengumuman Pengisytiharan Nama, Pendekatan dan Teras Perjuangan pada hari ini berkata PAS telah mengenalpasti badan Queen’s Counsel (Q.C) atau lebih dikenali sebagai Peguam Diraja di London untuk membantu membawa kes laporan Sarawak Report ke mahkamah di England.

“Kita telah mengenal pasti Queen’s Counsel (Q.C) iaitu Peguam Diraja di London yang pernah ada hubungan dengan kita (PAS) berhubung kes-kes sebelum ini dan kita jangka dalam waktu terdekat kita akan kaji dan failkan kes ini ke mahkamah, waktu terdekat itu ialah dalam tempoh satu bulan,” kata beliau.

Sabtu, 13 Ogos 2016

APA ADA PADA PINGAT "DATUK" ????

WAJARKAH ratu terjun negara Pandelela Rinong dianugerahkan gelaran Datuk atas kejayaannya menyumbang pingat perak di Sukan Olimpik Rio?

Persoalan itu menjadi perdebatan hangat di akhbar tempatan Sarawak, serta media sosial ketika etnik Bidayuh termasuk pemimpin mereka merayu supaya atlet berusia 23 tahun tersebut dianugerahkan gelaran berkenaan atas pencapaiannya dalam sukan itu.

Malah pemimpin etnik itu menepis kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Masing dalam sebuah akhbar tempatan, yang menyebut Pandelela tidak diberikan gelaran Datuk, namun kerajaan memainkan peranan lebih penting membantunya dalam latihan termasuk penyertaan di pentas antarabangsa.

Rabu, 10 Ogos 2016

Elizabeth Wong gagal menjawab isu pindahan status di lot tanah 68504

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong gagal menjawab isu pindahan status di lot tanah 68504, di Kuala Langat, sebaliknya menjawab isu lot tanah yang lain.

“Apa yang diluar, (iaitu) Lot 4827 dan 3974, bukan (di dalam Paya) Indah Wetland. Lot (itu) dengan pemilik lain dan sebagainya,” kata Elizabeth pada sidang media pada Selasa.

Lihat Selangor nafi pengezonan Paya Indah Wetlands:


Jawapan Elizabeth itu telah menimbulkan lebih banyak keraguan daripada menjawab persoalan yang dibangkitkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...