Jumaat, 26 Ogos 2016

Tiga tokoh yang dinamakan oleh Sarawak Report sebagai ‘dalang’ yang mendedahkan 1MDB di luar negara

Tiga tokoh yang dinamakan oleh Sarawak Report sebagai ‘dalang’ yang mendedahkan 1MDB di luar negara digesa tampil membersihkan nama mereka.

Tiga tokoh yang dimaksudkan ialah bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamad.

Penampilan tiga tokoh itu penting supaya rakyat tidak terus tertanya-tanya tentang adakah benar atau tidak ketiga-tiga tokoh yang pernah berada di kemuncak kerjaya masing-masing sanggup berbuat demikian.

Mereka perlu membuat laporan polis untuk membersihkan nama mereka.

Ini amatlah penting sebagai bekas Gabenor Bank Negara, sebagai bekas AG dan sebagai bekas tunjang utama SPRM yang jasa mereka amat besar kepada negara dan rakyat, mereka tidak harus berdiam diri dengan dakwaan Sarawak Report itu.

Bulan lalu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap Zeti, Abdul Gani dan Abu Kassim.

Khairul Azwan mendakwa tiga Tan Sri itu memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi asing tanpa kebenaran dan memalsukan butiran untuk mencapai agenda mereka.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan menyiasat laporan ketua Pemuda Umno itu kerana ia dibuat berdasarkan andaian.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad menambah kecamuk dalam isu tersebut dengan mengatakan terdapat empat individu bergelar 'Tan Sri' dan salah seorang daripada mereka mungkin mengkhianati yang lain.

Sebelum ini, bekas perdana menteri itu memberi gambaran tiga pegawai tinggi kerajaan yang dituduh bersubahat untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak telah "dikhianati".

"Ada seorang yang tidak termasuk. Terdapat empat daripada mereka, seorang daripada mereka tidak termasuk," kata bekas perdana menteri itu.

Mengulas lanjut, Jamelah, Pengerusi Biro Media dan Penerbitan Wanita Umno berkata, kerajaan dan rakyat negara ini yang menghargai jasa ketiga-tiga tokoh berkenaan berhak mengetahui kedudukan perkara sebenarnya.

"Mereka perlu sama ada melalui peguam mereka atau laporan polis dibuat ke atas penulis dan penerbit Sarawak Report untuk membersihkan nama mereka.

“Janganlah beban diri dengan tuduhan yang berat itu dan kerajaan dan rakyat tertanya-tanya tentang kedudukan perkara sebenarnya”, ujar beliau lagi.


Sumber: wakeupmalaya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...