Rabu, 29 Februari 2012

TPM lawat Terengganu Khamis


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu, pada 1 Mac (Khamis) ini.

Beliau yang diring isteri, Puan Seri Noorainiee Haji Abdul Rahman, dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, kira-kira jam 11.30 pagi dan disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta pegawai kanan kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Nik Mohamad Abdul (Timbalan Dewan Pemuda Pas Malaysia)- mungkin masih anak-anak !!


BILA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI PANDAI PULAK NAK BUAT REPOT ?? DIHARAP PIHAK UMNO AMBIL IKTIBAR DARIPADA PERKARA INI, JIKA PAS MENUDUH UMNO DENGAN PERKATAAN YANG MENGAIBKAN, SILA BUAT LAPORAN POLIS. KENA AJAR PUAK-PUAK NI.

Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan diketuai oleh timbalannya, Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi berkaitan kenyataan yang berbau fitnah oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, lapor Harakah 20 Februari 2012.

Selasa, 28 Februari 2012

‘Mini Low Yat’ di Kompleks Usahawan Terengganu


Sebuah pasar ICT yang menempatkan 40 usahawan dan vendor berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bakal beroperasi di Kompleks Usahawan Terengganu (KUT) di Kubang Jela, Manir, Kuala Terengganu pada Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Azmi Razik berkata, pengusaha terbabit digabungkan di bawah satu koperasi bagi memasarkan gajet dan perkhidmatan ICT yang berkualiti dan harga lebih murah.

Isnin, 27 Februari 2012

Inisiatif bagi kawal “pembiayaan politik” diperkenal – PM

Image Detail
PUTRAJAYA 27 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, kerajaan akan memperkenalkan satu lagi inisiatif di bawah Pelan Transformasi Kerajaan bagi mengawal “pembiayaan politik” demi meningkatkan ketelusan dan keyakinan rakyat terhadap pertubuhan politik di negara ini.

Perdana Menteri berkata, inisiatif itu memberi penekanan bahawa setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri, hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti.

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA DUN RHU RENDANG

Paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:

Paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:

Ahad, 26 Februari 2012

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA DUN RHU RENDANG

Paparan selanjutnya sila layari facebook berikut:-

Paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:

PPAT anjur pesta buku


Kira-kira 10,000 pengunjung tempatan dan luar Terengganu dijangka hadir di Pesta Buku Negeri Terengganu 2012 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).


Pesta buku itu akan berlangsung selama tujuh hari iaitu bermula semalam hingga 29 Februari di Pusat Dagangan Terengganu (PDT), Jalan Hiliran, Kuala Terengganu.

Sabtu, 25 Februari 2012

Pendapatan isi rumah sehingga RM3,000 layak pohon RMR1M

Image Detail

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, beliau juga menetapkan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M tahun ini.

Jumaat, 24 Februari 2012

Bai'ah: Harussani hentam PAS...soal akhirat ditentukan Allah

pas-for-all-baiah

PAS sentiasa merasa darjat mereka adalah tinggi dalam agama.Sebab itu mereka merasa ada kelayakan kafirkan orang Islam lain,merasa berhak kata undi PAS masuk syurga dan macam-macam karenah lain.

Disebaliknya itu anih dan pelik sekali...contohnya mereka kecut sembunyi diri takut nak tuntut siasatan terbuka terhadap dakwaan kemungkaran kes video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 99.9 peratus tulin.

Juga mereka boleh buat tidak faham saja pada isu dakwaan rakaman perbualan telefon berahi antara Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dengan isteri orang bernama Normah yang tersebar luas dalam internet - kerana bimbang politik mereka kacau bilau.

Isnin, 20 Februari 2012

BN BOLEH - INSYALLAH


Sewaktu berucap pada majlis penyerahan tugas Pengerusi Badan Perhubungan Umno.


Terengganu di Putrajaya, tahun lalu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berikrar untuk mengukuhkan Umno di negeri ini dan menawan semula beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai Pas, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Pada PRU 12, Barisan Nasional (BN) kalah di lapan kerusi DUN iaitu Batu Buruk, Ladang dan Wakaf Mempelam (Parlimen Kuala Terengganu), Bukit Tunggal (Kuala Nerus), Bukit Payong dan Rhu Rendang (Marang), Manir (Hulu Terengganu) dan Sura (Dungun).

Ahad, 19 Februari 2012

Jalinan Rakyat (JR) masuk kampung

Image Detail

Seramai 15,000 jentera wanita Jalinan Rakyat (JR) bergerak masuk ke kampung-kampung membabitkan 32 kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) seluruh negeri untuk membuat bacian sikap pengundi sebagai persiapan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Perhubungan Terengganu, Datuk Hajah Fatimah Hamat berkata, sehingga ini petugas JR berjaya menyiapkan 80 peratus bacian daripada jumlah keseluruhan pengundi.

RM72 Juta Tingkatkan Taraf Kesihatan Rakyat Terengganu


Kerajaan negeri memperuntukkan RM72 juta bagi Tabung Dana Khas Perubatan agar rakyat mendapat kemudahan rawatan terbaik dan tidak terbeban dengan masalah kewangan sejak lima tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Anwa Sulaiman berkata, Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang menyalurkan peruntukan khas kepada pihak hospital bagi menyediakan dana dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan rakyat.

Sabtu, 18 Februari 2012

PROGRAM KESIHATAN KOMUNITI UNiSZA BERSAMA PENDUDUK TAMAN MEDAN JAYA, RUSILA


Marang 17/02/2012 - Program telah diadakan di Dewan Komuniti Taman Medan Jaya,  Rusila, Marang bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 12.00 t/malam. Program ini dianjurkan oleh Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK) UNiSZA. Seramai 30 orang pelajar perubatan terlibat dan 6 orang pelajar Dietetik.

Jumaat, 17 Februari 2012

KPI untuk setiap Badan Perhubungan BN negeri / DUN / JKKK

Image Detail
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meletakkan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi setiap Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) di seluruh negeri.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua Pengerusi Badan Perhubungan dan pimpinan BN peringkat negeri dipertanggungjawabkan untuk mencapai sasaran KPI yang ditetapkan.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH MARANG


Bukit Payong 16/02/2012Perarakan menyambut Maulidur Rasul Peringkat Daerah Marang bermula jam 8.30 pagi. Perarakan sejauh 3.5 kilometer bermula dari perkarangan Masjid Hj. Md Zain dan berakhir di Masjid Bukit Payong, juga mencatat sejarah apabila lebih 10,000 peserta mengambil bahagian, melibatkan 180 buah kontinjen.

Turut hadir dalam perarakan yang berlangsung Y.B. Dato' Yahya bin Khatib Mohamad,  Y.B. Haji Alias bin Abdullah, , Pegawai Daerah Marang, Pegawai Pembangunan DUN Daerah Marang, Ketua-Ketua Jabatan dan tetamu kehormat.

Khamis, 16 Februari 2012

PELANCARAN KEJOHANAN DRX4 RANGGOK MARANG, TERENGGANU


Marang 15/02/2012 - Pelancaran Kejohanan DRX4 Peringkat Antarabangsa anjuran 4x4 Ranggok Marang pada 09 - 11/03/2012 telah disempurnakan oleh Penaung Kelab 4x4 Ranggok Daerah Marang selaku Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang iaitu Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, di Marang Village Resort & SPA. Turut hadir YBhg Datuk Hj Razali Idris selaku  Penasihat Eksekutif Kelab Ranggok serta Pengerusi Kelab Permotoran 4x4 dari Kelantan dan Pahang.

Rabu, 15 Februari 2012

PEMIMPIN BERSAMA MASYARAKAT DUN RHU RENDANG, MARANG


Marang 14/02/2012 - Program Pemimpin Bersama Masyarakat DUN Rhu Rendang anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang dengan kerjasama Pejabat Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, telah diadakan di Dewan Majlis Daerah bermula jam 9.00 pagi, selain daripada penyampaian bantuan kebajikan. Majlis telah disempurkan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Selasa, 14 Februari 2012

MAJLIS MAULIDUL RASUL TAMAN DATO' IBRAHIM. GONG NANGKA, MARANG


Marang 13/02/2012 - Majlis Maulidul Rasul Taman Dato' Ibrahim, Gong Nangka, Marang telah diadakan diperkarangan perumahan taman tersebut. Selain daripada mengadakan majlis tersebut, program mengujudkan Skim Rukun Tetangga juga akan diadakan. Turut hadir dimajlis tersebut adalah Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Puan Hasmawati (Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Marang), Penghulu Mukim Rusila, Pengerusi JKKK Gong Nangka dan penduduk taman tersebut.

Isnin, 13 Februari 2012

Penjawat awam perlu telus laksana tugas


Penjawat awam di negeri ini di minta membuang sikap gemar menghentam etika dan dasar yang dilaksanakan kerajaan sebaliknya perlu amanah serta bersikap telus supaya mampu mencapai matlamat yang dihasratkan.


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said kesal dengan sikap mereka yang gemar menghentam kerajaan dan tidak amanah memikul tanggungjawab yang patut digalas.

Ahad, 12 Februari 2012

MAHASISWA PERMATA NEGARA DUN RHU RENDANG


Marang 11/02/2012 - Program Mahasiswa DUN Rhu Rendang berteraskan 'MASIH ADA YANG SAYANG" telah diadakan di Gambang Water Park, Kuantan bermula 09hb. hingga 11hb. Feb, 2012. 

Program ini merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan oleh Biro Pendidikan Pemuda UMNO DUN Rhu Rendang dengan kerjasama APMT DUN Rhu Rendang. Program ini bertujuan memberi sedikit sumbangan motivasi dan kesedaran untuk menerapkan nilai kerohanian kepada bekas pelajar-pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat serta memiliki peribadi yang unggul seterusnya menjadi contoh tauladan kepada masyarakat luar.

Sabtu, 11 Februari 2012

Program Tautan Kasih Dan Bantuan Mayang JKKK Kg. Gong Beris, Marang


Rhu Rendang 10/02/2012 - Program Tautan Kasih dan Bantuan Mayang JKKK Kg. Gong Beris, Marang, Terengganu telah diadakan di Perkarangan Balai Raya Kg. Gong Beris, Marang, Terengganu.  Perasmian serta penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Jumaat, 10 Februari 2012

Majlis Penerangan Perdana Peringkat Parlimen Marang


Marang 08/02/2012 - Majlis Penerangan Perdana Peringkat Parlimen Marang telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Marang bermula jam 8.30 malam. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Khamis, 9 Februari 2012

Belanja RM3.7 juta untuk tuisyen PPAI


Terengganu memperuntukkan RM3.7 juta kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) seluruh negeri sepanjang tahun ini bagi melaksanakan kelas tuisyen di setiap sekolah menerusi Program Pendidikan Anjung Ilmu (PPAI).


PPD Kuala Terengganu menerima RM1,247,034; PPD Kemaman RM545,196; PPD Besut (RM572,364); PPD Dungun (RM493,524); PPD Hulu Terengganu (RM280,422); PPD Setiu (RM243,984) dan PPD Marang RM357,078.

LAWATAN KEBAJIKAN PEG PEMBANGUNAN DUN RHU RENDANG


Rhu Rendang 08/02/2012 - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama-sama Pergerakan Pemuda/Wanita UMNO telah mengadakan lawatan dirumah YBhg Datuk Tg Zainuddin Tg Zaid, 48 tahun di Kg. Alor Pak Bang, Marang, Terengganu. YBhg Datuk Tg Zainuddin baru saja selesai menjalani pembedahan jantung di IJN pada 12/01/2012. Namun begitu kesihatan YBhg Datuk  semakin pulih dan masih lagi menerima rawatan susulan daripada pihak IJN.

Rabu, 8 Februari 2012

Daerah Marang dapat peruntukan RM3 juta



Kerajaan negeri meluluskan peruntukan serta-merta RM3 juta untuk daerah Marang tahun ini bagi tujuan pembinaan jalan baru dan pembesaran jalan kampung di seluruh daerah itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata peruntukan tersebut tidak termasuk projek pembesaran parit dan longkang di daerah tersebut yang memerlukan pembinaan segera bagi mengatasi pelbagai masalah seperti banjir kilat.

Selasa, 7 Februari 2012

Majlis Perjumpaan MB Terengganu dengan JKKK Daerah Marang


Rhu Rendang 06/02/2012 - Majlis Perjumpaan YAB Dato Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu dengan Ahli-Ahli Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Marang telahpun diadakan di Dewan Majlis Daerah Marang, Kg. Paya, Marang, Terengganu pada hari ini jam 2.15 petang.Majlis berlangsung dalam suasana yang cukup ceria yang dihadiri lebih kurang 1000 JKKK diseluruh Daerah Marang.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.162893287158079.34907.100003122271553&type=1

Isnin, 6 Februari 2012

Penerima terharu terima bantuan


Penduduk Terengganu terharu dan melahirkan rasa syukur di atas pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan untuk mereka seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) bantuan anak sekolah dan bantuan kepada pelajar pusat pengajian tinggi.

Perasaan sama turut dizahirkan penduduk di Parlimen Marang terutama yang menerima bantuan enjin sangkut dan kerusi roda sempena Program Perdana Menteri Bersama Rakyat Dun Rhu Rendang, di Padang Astaka Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, Marang, baru-baru ini.

20,000 meriahkan sambutan Maulidur Rasul


Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang diadakan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu disambut meriah dengan mencatat rekod penyertaan luar biasa lebih 20,000 umat Islam dari seluruh negeri.

Sambutan tersebut turut dimeriahkan dengan acara perarakan yang dimulakan seawal pukul 8 pagi melibatkan 794 organisasi.

Sabtu, 4 Februari 2012

Kehadiran 10,000 penduduk tanda terima kasih


Kehadiran lebih 10,000 penduduk setempat menyambut kedatangan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak bersama Isteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor pada Program Lawatan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Padang Astaka Majlis Daerah Marang (MDM) hari ini, menandakan rakyat boleh menerima angin perubahan yang dilaksanakan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Jumaat, 3 Februari 2012

Yakin Abdul Hadi masih mahu bertanding

Image Detail

“Saya yakin 200 peratus Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) dengan sekurang-kurangnya bertanding di satu kerusi,” kata bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Bakar.

Khamis, 2 Februari 2012

Cina pura-pura sokong Pas

MCA menganggap sokongan Cina terhadap Pas hanya sementara kerana mengetahui mereka tidak mampu memajukan ekonomi bangsa itu dan pada masa yang sama melaksanakan dasar mendiskriminasikan golongan wanita .
Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, orang Cina telah tersedar dari mimpi indah dan janji-janji yang ditaburkan parti Islam itu sebenarnya tidak memberi manfaat kepada bangsanya.

Rabu, 1 Februari 2012

Isteri Pengerusi, Setiausaha JKKK Sertai Bengkel Kemahiran Diri

Lebih 20,000 isteri pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Terengganu akan diberi bimbingan mengenai kemahiran mendampingi masyarakat setempat pada tahun ini.


Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Datuk Yahya Khatib Mohamad berkata bimbingan dibuat melalui bengkel itu bertujuan mendedahkan peserta cara lebih berkesan bergaul dengan orang ramai.

Wali Band bakal Menggegar Terengganu


Kumpulan muzik pop kreatif tersohor dari Indonesia, Wali Band akan dijemput untuk mengadakan konsert jelajah di empat daerah di Terengganu pada Mac ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, konsert percuma itu akan bermula di Kemaman sebelum meneruskan jelajah ke Besut, Hulu Terengganu dan berakhir di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...