Sabtu, 11 Februari 2012

Program Tautan Kasih Dan Bantuan Mayang JKKK Kg. Gong Beris, Marang


Rhu Rendang 10/02/2012 - Program Tautan Kasih dan Bantuan Mayang JKKK Kg. Gong Beris, Marang, Terengganu telah diadakan di Perkarangan Balai Raya Kg. Gong Beris, Marang, Terengganu.  Perasmian serta penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.


Menurut Pengerusi JKKK En. Ibrahim seramai 40 orang penerima Bantuan Mayang terdiri daripada Warga Emas, OKU dan yang penduduk miskin. Turut hadir dimajlis tersebut adalah Penghulu Mukim Pulau Kerengga En. Ibrahim.







Tuan Haji Nik Dir berjanji akan menunaikan permohonan yang diutarakan oleh penduduk setempat demi memertabatkan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...