Sabtu, 31 Disember 2011

Taska Permata - Guru dan ibu bapa perlu wujud kerjasama

Guru dan ibu bapa sewajarnya perlu bersama-sama mengemblengkan tenaga dan usaha sekiranya ingin melihat anak-anak yang diasuh dan dididik itu menempa kejayaan dengan cemerlang.

Taska permata di bawah bimbingan Yayasan Pembagunan Keluarga Terengganu hari ini banyak membantu mewujudkan pelbagai program yang bermanfaat untuk kanak-kanak sejak daripada awal usia lagi.

Isteri kepada Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri, To’ Puan Sea Shin Tyun, berkata melalui puluhan program yang diadakan itu sekaligus dapat membantu mencapai matlamat dan hasrat pemimpin serta Kerajaan Negeri Terengganu yang ingin melihat setiap anak yang dilahirkan di negeri ini berjaya dalam hidup.

“Saya menyatakan rasa bangga dan syabas kerana di Taska Permata Keluarga Batas Baru turut menyediakan pelbagai program bermanfaat kepada 203 kanak-kanak di bawah bimbingannya.

Lawatan Kebajikan JKKK Gong Nangka, Marang


Rhu Rendang 30/12/2011 - Lawatan demi lawatan diadakan di kawasan DUN Rhu Rendang, dimana pada hari ini beberapa lawatan telah diadakan di JKKK Gong Nangka, Marang ke atas beberapa orang pesakit kronik yang dikenalpasti oleh Pengerusi JKKK En. Ab. Halim. Masalah yang dihadapi mendapat perhatian Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah mengadakan lawatan serta menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan serta wang tunai.

Jumaat, 30 Disember 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN CEK ELAUN JKKK DAERAH MARANG 2011


Marang 29/12/2011 - Majlis Penyampaian Watikah dan Cek Elaun JKKK Daerah Marang 2011 telah diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang. JKKK yang terlibat adalah DUN Rhu Rendang, DUN Pengkalan Berangan, Bukit Payong dan Alor Limbat. Bagi kawasan DUN Alor Limbat dan Bukit Payong penyerahan dibuat kepada mereka-mereka yang penyampaiannya tidak dapat disampaikan semasa majlis disempurnakan tempohari.

MAJLIS GRADUASI TASKA PERMATA KELUARGA TAMAN DESA PERMAI, MARANG


Rhu Rendang 29/12/2011 - Majlis Graduasi Taska Permata Keluarga, Taman Desa Permai, Kg. Darat Pak Chan, Marang, Terengganu telah diadakan di Marang Village Resort, Marang, Terengganu.  Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.  Turut hadir Ketua Pengarah Permata Taska, ibu /bapa serta 17 orang anak-anak yang menerima graduasi dalam majlis tersebut.

Khamis, 29 Disember 2011

Pelarasan skim SBPA – 4,000 kekosongan jawatan dibekukan

Image Detail

Sebanyak 4,000 kekosongan pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam negeri yang masih belum diisi, akan ditawarkan sehingga pelarasan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bermula tahun depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah berkata, pembekuan bsementara itu bagi memudahkan perlaksanaan skim SBPA di kalangan penjawat awam negeri selesai.

Pemimpin yang tidak jujur

Image Detail

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.” [HR Abu Daud dan at-Tirmidzi ]


Rabu, 28 Disember 2011

Berbaik baik sesama Islam


Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula." - Sahih Muslim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia cintai dirinya." Bukhari dan Muslim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: "Ya Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?". Nabi s.a.w menjawab: "Kau cegah dia". (Bukhari)

Selasa, 27 Disember 2011

YPKT tambah peruntukan PJD


Pertambahan peruntukan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) berjumlah RM8 juta kepada peserta pinjaman modal Program Jaya Diri (PJD) berbanding peruntukan tahunan RM4 juta sebelum ini dijangka memberi manfaat kepada lebih ramai kumpulan sasar itu.

Pengarahnya, Encik Mohd Shafaruddin Mustaffa (gambar atas kiri)berkata, setiap tahun kerajaan negeri menyediakan RM4 juta bagi menjana program itu, bagaimanapun jumlah itu ditambah bagi memberi kemudahan kepada peserta di masa depan.

Isnin, 26 Disember 2011

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA BERSAMA JKKK BATANGAN


Batangan 23/12/2011 - Program memasak bubur Asyura yang dianjurkan oleh Pengerusi JKKK Kg. Batangan bersama penduduk setempat telah diadakan di Masjid Batangan, Marang, Terengganu. Program yang diadakan turut dihadiri oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Ketua Wanita/Pemuda/Puteri UMNO.

Ahad, 25 Disember 2011

PROGRAM BANTUAN MAYANG JKKK KG. BUKIT CHE ALI, KIJING, MARANG, TERENGGANU


Rhu Rendang 23/12/2011 - Program Bantuan Mayang JKKK Kg. Bukit Che Ali, Kijing, Marang telah diadakah di Balai Raya Kijing pada hari ini bermula jam 3.00 petang. Seramai 71 orang penerima bantuan telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Turut hadir Ketua Pemuda/Puteri UMNO Rhu Rendang.

Sabtu, 24 Disember 2011

PROGRAM BANTUAN MAYANG TAMAN RAHMAT, PULAU KERENGGA, MARANG, TERENGGANU


Rhu Rendang 23/12/2011 - Program Bantuan Mayang JKKK Taman Rahmat, Pulau Kerengga, Marang berlangsung pada hari ini di Dewan Taman Rahmat. Program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang. Seramai 40 orang kurang upaya dan miskin menerima bantuan berupa barangan keperluan harian.

Jumaat, 23 Disember 2011

Terengganu terus ungguli PMR


Terengganu meneruskan legasi kecemerlangan dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) apabila 1,962 atau 8.95 peratus pelajar berjaya memperolehi semua A tahun ini berbanding 1,746 (7.81 peratus) pada tahun lalu.


Prestasi yang melonjak berbanding tahun lalu dan menghampiri sasaran 10 peratus pelajar mendapat semua A (2011) itu bertambah 1.15 peratus atau 216 pelajar pada tahun ini.

Khamis, 22 Disember 2011

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA PERINGKAT DAERAH MARANG


Marang 22/12/2011 - Program Memasak Bubur Asyura Peringkat Daerah Marang 1433H/2011M telah diadakan di Dataran Majlis Daerah Marang bermula jam 9.00 pagi. Program ini disertai oleh semua JKKK termasuk beberapa buah agensi kerajaan  Daerah Marang.

Rabu, 21 Disember 2011

Kerajaan Negeri Bina 6,757 rumah dalam tempoh tiga tahun

Image Detail

Kerajaan negeri membina 6,757 unit rumah awam kos rendah dan mampu milik dalam tempoh tiga tahun membabitkan kos hampir RM700 juta tanpa melibatkan pinjaman daripada Kerajaan Pusat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri melalui Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) giat melaksanakan projek perumahan bagi memastikan sasaran sebanyak 10,000 unit rumah bagi tempoh lima tahun (2008-2013) di seluruh Terengganu.

Selasa, 20 Disember 2011

Amaran angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan



M003: Perairan Samui

Selasa20/12/2011
Hujan di satu dua tempat
Pagi dan Petang
Pagi :
Tengah hari :
Malam :
Arah Angin :
Kelajuan Angin :
Ketinggian Ombak :
Hujan di satu dua tempat
Hujan di satu dua tempat
Cerah
TL
60-70km/j
5.5-7.5 m
Rabu21/12/2011
Ribut petir di satu dua tempat
Sepanjang Hari
Pagi :
Tengah hari :
Malam :
Arah Angin :
Kelajuan Angin :
Ketinggian Ombak :
Ribut petir di satu dua tempat
Ribut petir di satu dua tempat
Ribut petir di satu dua tempat
TL
60-70km/j
5.5-7.5 m
Khamis22/12/2011
Ribut petir di satu dua tempat
Sepanjang Hari
Pagi :
Tengah hari :
Malam :
Arah Angin :
Kelajuan Angin :
Ketinggian Ombak :
Ribut petir di satu dua tempat
Ribut petir di satu dua tempat
Ribut petir di satu dua tempat
TL
60-70km/j
5.5-7.5 m
Jumaat23/12/2011
Ribut petir di satu dua tempat
Pagi dan Petang
Pagi :
Tengah hari :
Malam :
Arah Angin :
Kelajuan Angin :
Ketinggian Ombak :
Ribut petir di satu dua tempat
Ribut petir di satu dua tempat
Hujan di satu dua tempat
TL
60-70km/j
5.5-7.5 m

BANTUAN MAYANG JKKK KG. SEBERANG MARANG, MARANG


Rhu Rendang 17/12/2011 - Bantuan demi bantuan dihulurkan kepada masyarakat kawasan DUN Rhu Rendang, termasuklah kawasan JKKK Kg. Seberang Marang, Marang, Terengganu. Program telah diadakan di Balai Raya Kg.  Seberang Marang, dimana majlis penyampaian bantuan kepada penduduk miskin, ibu tunggal, warga emas dsbnya telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Isnin, 19 Disember 2011

MAJLIS PERASMIAN DEWAN JKKK TAMAN RASHIDAH/MEDAN RU/KG. RHU RENGGEH, RUSILA, MARANG

Rusila 17/12/2011 - Majlis Perasmian Dewan JKKK Taman Rashidah/Medan Ru dan Kg. Rhu Renggeh, Rusila, Marang, Terengganu berlangsung dalam suasana yang cukup ceria dan mengembirakan penduduk terlibat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Ahad, 18 Disember 2011

PROGRAM BANTUAN MAYANG KG. GONG NANGKA, MARANG, TERENGGANU


Rhu Rendang 17/12/2011 - Program Bantuan Mayang Kg. Gong Nangka, Marang telah diadakan pada hari ini jam 11.00 pagi di Balai Raya Kg. Gong Nangka, Marang.  Seramai 40 orang penduduk tempat terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, pesakit kronik dsbnya menerima bantuan tersebut yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Turut hadir Pengerusi JKKK En. Halim.

Sabtu, 17 Disember 2011

PROGRAM BANTUAN MAYANG KG. SEBERANG MARANG PANTAI, MARANG, TERENGGANU

Seberang Marang 16/12/2011 - Program Bantuan  Mayang kepada penduduk kawasan Kg. Seberang Marang Pantai, Marang telah diadakan di Balai Raya  kampong tersebut bermula jam 4.30 petang. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Jumaat, 16 Disember 2011

KAYUHAN 1MALAYSIA DIRAI DIKG. KELULUT, MARANG, TERENGGANU


Rhu Rendang 16/12/2011 - Pasukan Kayuhan 1Malaysia disambut meriah oleh penduduk Kg. Kelulut, Marang, Terengganu pada hari ini jam 3.00 petang yang turut disertai oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang. Pasukan tersebut telah diraikan dengan penuh mesra, disamping mengadakan perlawanan persahabatan Bola Futsal, serta cabutan nombor bertuah.

Terengganu jadi contoh Program Permata Negara


Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor mahu negeri lain mencontohi usaha dan kejayaan Terengganu dalam pelaksanaan Program Permata Negara.


“Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri yang memberi perhatian khusus kepada program pembangunan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Khamis, 15 Disember 2011

PROGRAM BANTUAN KHAS RAKYAT 2011 JKKK RHU RENDANG PANTAI, MARANG


Rhu Rendang 15/12/2011 - Program penyampaian Bantuan Khas Kerajaan 2011 bagi JKKK Rhu Rendang Pantai, Marang, Terengganu berlangsung diperkarangan rumah Setiausaha JKKK En. Zubir bermula jam 5.00 petang. Majlis telah disempurkan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Turut hadir Pengerusi JKKK dan En. Suhaidi Hassan (Pembantu Khas PP DUN).

AWAS - Borang BR1M Palsu Sedang Diedarkan Oleh Agen Pakatan PAS, DAP, PKR Kepada Rakyat Malaysia


Jika tidak Fitnah maka tidak sahlah sebagai Pakatan Pembangkang. Apa sahaja pekara baik yang dilakukan kerajaan BN mesti disulami dengan Fitnah dan rekayasa jahat agen agen pembangkang PAS, DAP dan PKR.

Rabu, 14 Disember 2011

Bekalan ikan segar terbatas

Image Detail

Pengusaha industri perikanan di negeri ini diminta lebih bertanggungjawab bagi memastikan tidak berlaku ketirisan dalam pendaratan ikan.

“Jumlah pendaratan ikan di negeri ini agak berkurangan sejak kebelakangan ini dan isu menjadi perbualan umum,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Haji Asha’ari Idris.

Selasa, 13 Disember 2011

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah disambut meriah


Keberangkatan pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah selepas menyempurnakan perkhidmatan sebagai Yang di Pertuan Agong ke-13 pagi ini, berlangsung dengan penuh istiadat diraja.

Isnin, 12 Disember 2011

Kerajaan tidak lari dari tanggung jawab

Image Detail

Kerajaan tidak pernah melarikan diri dari menunaikan tanggung jawab untuk memberi kebajikan kepada rakyat di samping menjadikan negeri ini sebuah negeri anjung ilmu biarpun dikritik dan dilemparkan pelbagai tuduhan pihak pembangkang.

Semua itu tidak menjejaskan usaha kerajaan melaksanakan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya,” kata Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Sidang Dewan Undangan Negeri.

Ahad, 11 Disember 2011

Tambahan dana RM1 juta untuk penjawat awam beli kenderaan

6protonmpvjpg

Kerajaan negeri akan menambah dana RM1 juta lagi bagi Akaun Amanah Pinjaman Kenderaan menjadikan jumlahnya RM16 juta bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam negeri ini mendapat pembiayaan kenderaan tanpa faedah.


Sehubungan itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, meminta penjawat awam supaya terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan yang memerintah kerana sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan mereka.

Sabtu, 10 Disember 2011

PROGRAM 'KOMUNITI PRIHATIN' BERSAMA AADK DAN MARA DAERAH MARANG


Marang 10/12/2011 - Program 'KOMUNITI PRIHATIN' (Berpakat Cakna, Cegoh Dadoh, Sihat Belako) anjuran bersama Agensi Dadah Kebangsaan dan Pejabat MARA Daerah Marang telah diadakan di Dataran Pejabat Daerah Marang bermula 08/12 - 10/12/2011).  Program penutupan perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Pendapatan kasar isi rumah untuk mohon BR1M diperjelas

Image Detail

Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan pendapatan kasar isi rumah bagi permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang dan bekerja yang tinggal serumah.

Kementerian itu sebelum ini turut menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon pemberian BR1M RM500 merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN BEBAN KOS HIDUP RAKYAT

Dun Rhu Rendang 09/12/2011 - Mesyuarat khas perlaksanaan pemberian bantuan tunai RM500 bagi meringankan beban kos hidup rakyat telah diadakan di Pejabat Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, pada 09/12/2011 mulai jam 2100.  Mesyuarat telah dipengerusikan sendiri Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.  Turut hadir En. Anuar Yahya (Tim. PP DUN), En. Ibrahim (Penghulu Mukim) dan semua Pengerusi / Setiausaha JKKK kawasan DUN Rhu Rendang.

Jumaat, 9 Disember 2011

BN Dahului Undi Orang Muda

Barisan Nasional (BN) tidak boleh leka dengan peningkatan sokongan pengundi muda terhadap parti itu kerana sokongan itu akan berubah bila-bila masa mengikut isu semasa yang berlaku dalam negara lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan golongan tersebut.
Pengalisis Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata, pendirian golongan muda sekarang sukar dibaca biarpun mereka ini dikatakan kembali menyokong BN kerana mereka mempunyai cara pemikiran yang tersendiri .

MB mahu saman wakil rakyat Pas


Kerajaan negeri dan Menteri Besar Terengganu akan mengemukakan saman fitnah terhadap wakil rakyat Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi kerana mengeluarkan kenyataan bohong kononnya terdapat penyelewengan RM30 juta bagi bantuan pakaian sekolah.

Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk itu seperti disiarkan dalam Harakah bertarikh 11-13 November 2011 itu adalah pembohongan bersiri yang dilakukan wakil rakyat berkenaan, bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional(BN) dan beliau sendiri sebagai Menteri Besar Terengganu.


Khamis, 8 Disember 2011

Belia diajak pertahan Kerajaan BN

Image Detail

Golongan belia di negeri ini diajak supaya mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional BN) untuk terus memerintah Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana hanya BN yang mampu membela nasib mereka.


Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, YB Rozi Mamat, berkata keprihatinan Kerajaan BN membela nasib golongan belia terbukti melalui peruntukan yang besar pada setiap tahun khusus untuk mereka.

“Melalui Bajet 2012 kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM30 juta untuk golongan belia dan Terengganu merupakan negeri paling banyak menyediakan peruntukan untuk belia berbanding negeri lain di Malaysia,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 di sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Rabu, 7 Disember 2011

46,000 pemilih di Terengganu belum daftar

Image Detail
Terengganu merupakan negeri yang mempunyai paling sedikit bilangan pemilih yang belum daftar berbanding negeri lain setakat ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hanya tujuh peratus atau 46,000 daripada keseluruhan 649,683 pemilih di negeri ini masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Daripada statistik yang dikeluarkan SPR sebelum ini, kita dapati kira-kira 3.7 juta pemilih masih belum berdaftar di seluruh negara dan Terengganu adalah yang paling sedikit.

Selasa, 6 Disember 2011

Peruntukan RM50 juta untuk dana pinjaman perumahan


Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi memudahkan rakyat di Terengganu yang belum memiliki rumah membuat pinjaman perumahan.

Mereka yang memenuhi syarat dan berkelayakan, boleh memohonnya melalui Dana Pinjaman Perumahan Rakyat, bermula tahun depan.

Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata skim itu kini masih diperhalusi terutama mengenai kaedah pelaksanaan dan syarat-syarat pinjaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...