Ahad, 25 Disember 2011

PROGRAM BANTUAN MAYANG JKKK KG. BUKIT CHE ALI, KIJING, MARANG, TERENGGANU


Rhu Rendang 23/12/2011 - Program Bantuan Mayang JKKK Kg. Bukit Che Ali, Kijing, Marang telah diadakah di Balai Raya Kijing pada hari ini bermula jam 3.00 petang. Seramai 71 orang penerima bantuan telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Turut hadir Ketua Pemuda/Puteri UMNO Rhu Rendang.


Sebelum program dilaksanakan, majlis membaca yassin dan doa selamat telah diadakan dibalai raya tersebut. Selain daripada itu Pengerusi JKKK telah memohon bantuan tambahan daripada Pegawai Pembangunan DUN untuk menambahbaik gelanggang yang sedia ada kerana tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk orang dewasa kerana masalah teknikal.  Permohonan telah diluluskan dan dijangka akan dilaksanakan pada awal bulan Feb 2012.

 
 

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...