Khamis, 15 Disember 2011

AWAS - Borang BR1M Palsu Sedang Diedarkan Oleh Agen Pakatan PAS, DAP, PKR Kepada Rakyat Malaysia


Jika tidak Fitnah maka tidak sahlah sebagai Pakatan Pembangkang. Apa sahaja pekara baik yang dilakukan kerajaan BN mesti disulami dengan Fitnah dan rekayasa jahat agen agen pembangkang PAS, DAP dan PKR.

Gambar diatas merupakan borang PALSU yang telah diedarkan oleh agen Pembangkang dalam mengelirukan rakyat Malaysia terhadap Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M). Borang ini dikesan telah diedarkan dibanyak lokasi dalam menjadikan rakyat sebagai mangsa yang kemudiannya akan mencalarkan imej kerajaan BN.Hebat modus operandi Pakatan Pembangkang yang dikepalai Anwar Ibrahim ini.


Diatas ini pula Borang BR1M yang ASLI dan minta agar setiap pembaca menyampaikan maklumat ini kepada yang lain agar tidak tertipu dengan Konspirasi Jahat Pakatan Pembangkang.

Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu memberi nombor akaun bank semasa membuat permohonan bantuan tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata, kementerian itu telah menerima aduan orang ramai tentang munculnya borang palsu BR1M yang meminta mereka memberi nombor akaun bank.

"Kementerian hanya mahu butiran seperti nama penuh pemohon, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan pendapatan bulanan dan bukannya nombor akaun bank mereka,” katanya pada sidang akhbar di ruang legar Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Donald berkata, sindiket penipuan sudah cuba mengaut keuntungan segera menerusi pemalsuan borang BR1M, dan pemohon diingatkan supaya lebih berhati-hati.

Mereka boleh menghubungi talian Hotline BR1M di 1-800-222-500 untuk mendapat kepastian untuk mengelak daripada menjadi mangsa sindiket penipuan, katanya. –BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...