Khamis, 31 Oktober 2013

Seminar Perundangan Dan Hak-Hak Wanita Negeri Terengganu 2013



Setiap wanita memiliki hak dalam rumah tangga, di tempat kerja dan sebagai anggota masyarakat boleh mengambil tindakan undang-undang jika berdepan masalah dan gangguan sebagaimana diperuntukkan dalam perundangan negara.

Penaung Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia Negeri (Puspanita) yang juga isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud, berkata banyak hak-hak wanita yang terdapat dalam perundangan , tetapi luar pengetahuan golongan itu kerana tidak mendapat pendedahan yang tepat dan sewajarnya.


 “Saya sangat berharap dengan adanya seminar sebegini, dapat membantu serta memberi ilmu pengetahuan kepada semua. Tajukyang sangat khusus ini begitu penting kerana di dalamnya kita dapat mengetahui hak-hak kaum wanita. 

“Dengan informasi yang disampaikan oleh barisan panel tadi, membuka minda dan pemikiran kita bahawa keistimewaan kaum hawa diletakkan tinggi dalam Islam,” katanya dalam ucapan perasmian Seminar Perundangan Dan Hak-Hak Wanita Negeri Terengganu 2013, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

KLIK DISINI untuk berita selanjutnya.

Rabu, 30 Oktober 2013

9,000 kanak-kanak bakal khatam al-Quran


Yayasan Islam Terengganu (YIT) akan menganjurkan Majlis Khatam al-Quran Kanak-kanak Tabika peringkat Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, pada 2 November ini.

Kira-kira 9,000 kanak-kanak tadika dijangka menyertai program tahunan yang bakal dirasmikan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, Dato' Seri Idris Jusoh itu.

Bilangan itu melibatkan kanak –kanak berusia 5 dan 6 tahun daripada empat gabungan tadika iaitu Yayasan Islam Terengganu (YIT), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional. 


Pelbagai persembahan sampingan diadakan, termasuk nasyid, dikir berbahasa Arab, bacaan al-Quran secara qira’at, bacaan Yasin serta perterjemahan dan penyampaian sijil.

Isnin, 28 Oktober 2013

KHALID IBRAHIM DISINGKIR DARI JAWATAN MB SELANGOR??


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menafikan dakwaan bahawa Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali akan mengambil alih tempat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Anwar berkata, tiada sebarang keperluan untuk melakukan pertukaran itu keranamendakwa pentadbiran Selangor adalah antara yang baik di negara ini, selain Pulau Pinang.
"Kalau ada pengambilan alih, sudah tentu saya akan tahu. Ini suratkhabar yang lebih tahu tentang apa yang berlaku," katanya pada sidang akhbar di lobi Dewan Rakyat, di sini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu sebelum ini berhubung desas-desus Mohamed Azmin bakal menggantikan Abdul Khalid selepas beberapa pihak dalam PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Menteri Besaritu.
Abdul Khalid turut dikritik Anwar baru-baru ini kerana menyifatkan Menteri Besar Selangor itu sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik.
Mengulas mengenai kritikan itu, Anwar berkata: "Abdul Khalid lantik saya untuk jadi penasihat, sebab itu saya tegur. Saya bertanggungjawab mengingatkan (Abdul Khalid)".
Mengambil contoh jalan raya yang berlubang di Selangor, Anwar berkata adalah lebih baik jika wang lebihan perolehan dibelanjakan untuk menyediakan infrastruktur lebih baik dan dibelanjakan kepada pendidikan.
"Setiap minggu saya terima aduan tentang jalan di Shah Alam. Jadi saya tegur Abdul Khalid untuk jaga-jaga pegawai yang bagi laporan semua baik, sedangkan sebenarnya berlopak-lopak." - BERNAMA

Ahad, 27 Oktober 2013

MAIDAM buka empat lagi kelas SPAIT mulai Januari 2014


Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan membuka empat lagi kelas Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) di seluruh negeri ini bermula Januari 2014.

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Omar Pilus berkata, kelas SPAIT yang bermula sejak tahun 2011, merupakan satu daripada inisiatif MAIDAM dalam mendekatkan masyarakat dengan ilmu agama secara formal dan berstruktur.


"Kelas SPAIT ini ditawarkan untuk golongan masyarakat yang berusia 25 tahun ke atas dan diadakan dua kali seminggu iaitu setiap hari Jumaat dan Sabtu.

"Kurikulum pengajian adalah berasaskan tiga subjek utama iaitu Tauhid, Feqah dan Tasawuf, yang akan diajar mengikut tahap kelas pengajian," katanya dalam sidang media sempena Majlis Pelancaran kelas SPAIT Tahap Mutawwassit di Masjid Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Ladang baru-baru ini.

Sabtu, 26 Oktober 2013

INTI PATI BAJET 2014

KUALA LUMPUR: Berikut ialah inti pati Bajet 2014 bertema'Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji' yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada Jumaat.
* Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara 5 peratus dan 5.5 peratus.
* Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara 2 peratus dan 3 peratus.
* Eksport barangan diunjur berkembang 2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang 9.6 peratus.
* Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.
* Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.
* Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC). * Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC. * Kerajaan menyasar 5,000 usahawan muda di latih setiap tahun.
* Pendapatan per kapita pada 2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009, peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.
Untuk laporan seterusnya sila KLIK DISINI

Jumaat, 25 Oktober 2013

MAK JANDA GATAL MEMALUKAN KELUARGA

Janda dicekup dengan mat Bangla
MACAM LAH TIDAK ADA LAGI DUDA-DUDA DI MALAYSIA INI ???


Hasrat seorang ibu tunggal untuk bernikah di Selatan Thailand dengan lelaki Bangladesh terbantut apabila dia terlebih dahulu ditahan bersama teman lelakinya itu ketika memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat sini, pagi semalam.

Wanita berusia 49 itu dikatakan mendaftar masuk ke hotel berkenaan bersama teman lelakinya kira-kira jam 9 malam, kelmarin dan tindakan mencurigakan pasangan terbabit berjaya dihidu pihak berkuasa.

Berikutan itu sepasukan Pegawai Penguatkuasa Syariah Dungun diketuai Jasri Din melakukan serbuan ke lokasi berkenaan kira-kira jam 8 pagi, semalam.

Hasil siasatan awal, pasangan bukan muhrim itu difahamkan sudah mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu dan dalam perjalanan ke Selatan Thailand bagi menyempurnakan acara akad nikah.

Bagaimanapun akibat hujan lebat, pasangan itu mengambil keputusan menginap di hotel sementara menunggu waktu siang, seterusnya mengambil bas ekspres ke Sungai Golok.

KLIK DISINI untuk berita selanjutnya

Khamis, 24 Oktober 2013

IKUT SOP HINGGA MENGORBANKAN NYAWA SERTA MEROSAKAN HARTA BENDA ???

Pelepasan Air Empangan Sultan Abu Bakar Ikut SOP - TNB

KUALA LUMPUR: Pelepasan air menerusi alur limpah di empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands awal pagi tadi adalah mengikut prosedur operasi yang telah ditetapkan.
Menurut kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini, air telah dilepaskan secara terkawal sebagai langkah mengelak seluruh kawasan Lembah Bertam dilanda banjir.
Hujan lebat dan banjir kilat di sekitar Ringlet yang berterusan semalam menyebabkan air melimpah ke Tasik Ringlet melepasi paras maksimum.
"TNB telah mengambil segala langkah yang perlu termasuk bekerjasama dengan pihak keselamatan, pihak berkuasa tempatan dan Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lembah Bertam, sebelum melepaskan air secara terkawal," menurut kenyataan itu.
Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan itu yang dilepaskan, melimpah secara mendadak pada awal pagi.
Kejadian kira-kira 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing dan seorang warga tempatan maut manakala seorang lagi masih hilang. - BERNAMA

Rabu, 23 Oktober 2013

KEPIMPINAN BARU TERUSKAN PERJUANGAN UMNO HINGGA KE AKAR UMBI

A. Latiff bin Awang - Ketua UMNO Bahagian Marang

Ketua Umno Bahagian Marang, YB. A. Latiff Awang beriltizam untuk memulihkan semula kekuatan Umno bahagian itu serta menarik sokongan penduduk tempatan terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, beliau yang diberi tanggungjawab menerajui bahagian itu pada pemilihan baru-baru ini mengharapkan sokongan semua pihak, terutama sayap-sayap parti dan bekas pemimpin bahagian bagi merealisasikan hasrat untuk ‘menawan’ semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Pada pemilihan itu, YB A Latiff yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dipilih sebagai ketua bahagian selepas mengalahkan tiga calon lain, termasuk penyandang jawatan, Dato’ Yahya Khatib Mohamad.


Beliau yakin dengan kerjasama jawatankuasa bahagian dan pemimpin sayap parti, usaha menyatukan pemimpin dan ahli Umno di bahagian berkenaan selepas ini menjadi lebih mudah.

 “Bila Umno bersatu semula, kita akan adakan program-program bagi menarik sokongan rakyat kepada Umno dan BN,” katanya kepada Teganukita hari ini ini.

KLIK SINI untuk ulasan selanjutnya

Ahad, 20 Oktober 2013

KEPIMPINAN YANG MANTAP DAN BERWAWASAN

Marang 19/10/2013 - Keputusan Perwakilan UMNO Bahagian Marang 2013 telahpun selesai dijalankan dengan penuh ketertiban dan tali persaudaraan, tanpa menimbulkan sebarang kekerohan diantara calon serta pengikut masing-masing.

Keputusan diumumkan pada 20/10/2013 jam lebih kurang 1.00 pagi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Marang oleh Tuan Haji Shamsuddin, selaku Ketua Badan Pemantau permilihan Perwakilan UMNO Bahagian Marang.

Calon-calon yang memenang:

1. Ketua Bahagian UMNO Bahagian -  YB A. Latiff bin Awang, 
2. Timbalan Ketua UMNO Bahagian - Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku
3. Naib Ketua Bahagian - En. Saiful Bahari Baharuddin.

Selain daripada itu juga 20 AJK Bahagian:

1. Anuar bin Yahya (694)
2. Latef Mohd Nor (682)
3. Mohd Abdilah Abu Bakar (680)
4. Rosdi Mohd Salleh (648)
5. Mohd Atan Abidin (617)
6. Hasmadi Ghaza (612)
7. Mohd. Adnan Mohd Amin (599)
8. Abdul Manip Ghani (589)
9. Roslan Ngah (583)
10. Abdul Muttalib Sameon (581)
11. Razak Ismail (542)
12. Tahar Sulong (528)
13. Muhamad Zubir Muhamad Yassin (516)
14. Mazlan Sulong (505)
15. Mohd Yuseri Isa (501)
16. Zaimin Endut (495)
17. Mohd. Zafi Abd. Razak(494)
18. Ardzu Daud (491)
19. Muhamad Nor Endut (484)
20. Mazuki Mat Zin (481)

Bahagian G7:

1. Anuar Yahya (944)
2. Datuk Abdul Rahman Bakar (872)
3. Abdul Muttalib Sameon (805)
4. Latef Mohd Noor (803)
5. Marina binti Endut (774)
6. Aidi Ahmad (692)
7. Zulfadli Rozi (656)

Tahniah kepada semua mereka yang berjaya agar terus memberi sumbangan untuk memantapkan lagi UMNO Bahagian Marang, berlebih-lebih lagi untuk menghadapi PRU ke 14 mendatang.

Sabtu, 19 Oktober 2013

Pemilihan Umno: Sokongan Akar Umbi Terhadap Hishammuddin Diragui

PETALING JAYA: Menjelangnya pemilihan peringkat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Sabtu melihatkan masa depan politik penyandang Naib Presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diragui ekoran beliau tidak lagi dilihat sebagai pilihan akar umbi.
Walaupun trend mengundi dalam pemilihan Sabtu lalu daripada tiga sayap menunjukkan penyandang kini mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mempertahankan jawatan, namun senario ini mungkin berbeza pemilihan MT dengan tanda-tanda akar umbi akan memilih calon baru pada Sabtu ini.
"Hishammuddin dilihat sebagai menteri yang lemah, terutamanya apabila beliau memegang portfolio Menteri Dalam Negeri," kata Ketua Penerangan Barisan Nasional Selayang, Hasnal Rezua Merican ketika dihubungi The Star Online.
Hasnal Rezua menyifatkan Hishammuddin hanya memimpin dengan "cara yang selamat" dalam dasar membuat keputusan dan tidak segera menyelesaikan masalah.
"Sebagai contoh, beliau tidak tegas dalam mengambil pendirian terhadap penunjuk perasaan Bersih dan mereka yang melanggar undang-undang, berbanding dengan Menteri Dalam Negeri sekarang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya.
Beliau berkata, prestasi calon dalam Kabinet akan menjadi petunjuk utama dalam menentukan undi daripada akar umbi.
"Kata-kata daripada akar umbi memberitahu saya bahawa mereka mungkin akan mengekalkan dua penyandang, Zahid, kerana vokal dan ketegasannya dan Datuk Seri Shafie Apdal, kerana menerima sokongan besar dari Sabah, negeri asalnya," katanya.
KLIK DISINI untuk berita selanjutnya

Jumaat, 18 Oktober 2013

SPRM TERUS GEMPUR SINDIKET PUKAT TUNDA


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menggempur sindiket yang dipercayai aktif memberi rasuah bagi memudahkan aktiviti mereka menarik pukat tunda di perairan negara sejak lebih setahun lalu.

Rungutan dari golongan nelayan tempatan telah mula disuarakan sejak Januari tahun lalu apabila terdapat aktiviti nelayan asing yang berleluasa di sekitar perairan Laut China Selatan.

Rentetan daripada maklumat yang diterima,  SPRM telah mengambil tindakan proaktif bagi membantu agensi penguatkuasaan yang berkaitan membendung aktiviti haram ini.

Sejak Mac 2013 SPRM dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menjalankan operasi untuk mengesan kewujudan unsur rasuah dalam aktiviti penggunaan pukat tunda secara haram ini.

Khamis, 17 Oktober 2013

USTAZ NUAR AL-JUBURI BUAT HAL LAGI ????

Tiada lain isu yang hendak dibangkitkan dan sebelum masuk ke Penjara Sungai Buloh, Ustaz Nuar Al-Juburi membuat permintaan terakhir kepada Kerajaan Najib...

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mencadangkan supaya Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dihentikan kerana ia membazirkan wang negara.
Anwar menegaskan program tersebut perlu dihentikan bermula tahun depan sehinggalah satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang ditubuhkan selesai berbincang dan mengkaji semula mengenai isu berbangkit melibatkan PLKN.
"Kami cadangkan program tersebut dihentikan bermula tahun depan sebagai memberi laluan penangguhan untuk membenarkan satu PSC ditubuhkan bagi membincangkan dan mengkaji perkara berbangkit.

Rabu, 16 Oktober 2013

Umno: Dua Calon Hantar Surat Bantahan, Tidak Puas Hati Keputusan Pemilihan


Dua calon yang bertanding masing-masing bagi jawatan Naib Ketua Pemuda dan Ketua Wanita Bahagian menghantar surat bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU) bagi menyuarakan tidak puas hati berhubung keputusan yang diumumkan Ahad.

Surat bantahan itu dihantar oleh wakil calon Naib Ketua Pemuda Umno pusat Khairul Azwan Harun dan calon Ketua Wanita Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman.

Wakil calon yang juga pencadang Khairul Azwan, Mohamad Annuar Ariffin berkata beliau menyerahkan surat bantahan itu kepada Pengerusi JPU Tan Sri Tajol Rosli Ghazali kira-kira pukul 5 petang.

Katanya keputusan seri 73 undi yang diumumkan antara Khairul Azwan dan seorang lagi calon, Jamawi Jaafar tidak relevan kerana mereka mendapati undian yang diperoleh Khairul Azwan sebelum pengumuman dibuat adalah lebih daripada jumlah itu.

Selasa, 15 Oktober 2013

Terengganu mempunyai wakil dalam exco Wanita Umno pusat


Buat pertama kalinya Terengganu mempunyai wakil dalam exco Wanita Umno pusat apabila calon tunggal dari negeri itu To' Puan Zaitun Mat Amin terpilih dalam senarai 20 barisan kepimpinan yang baru bagi penggal 2013-2016.


Ketua Pergerakan Wanita Umno Marang itu memperoleh 95 undi dari seluruh negara pada pemilihan Umno Sabtu lepas.

"Alhamdulillah kerana kemenangan saya sebagai seorang daripada exco Wanita Malaysia ini membuktikan penghargaan dan kepercayaan yang diberi oleh perwakilan wanita di seluruh negara.

"Sebagai Pengerusi Gerak Prihatin dan Penyayang Pergerakan Wanita Umno Malaysia, ternyata gerak kerja kami melalui aktiviti kebajikan yang dijalankan diiktiraf mereka," kata Zaiton yang juga Bendahari Pergerakan Wanita Umno Kuala Terengganu.

Sumber:teganukita

Isnin, 14 Oktober 2013

Semua Sayap Umno Terengganu Diterajui Muka Baharu, kecuali Wanita



KUALA TERENGGANU: Pemilihan 32 jawatankuasa sayap parti di Terengganu semalam menyaksikan kesemua calon yang memenangi jawatan Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri di semua lapan bahagian Terengganu dibarisi 100 peratus muka baharu.
Bagi jawatan Ketua Wanita dan Naib Ketua Wanita pula, dari 16 calon terpilih, hanya lima daripadanya muka lama manakala 11 lagi yang menang ialah calon muka baharu.
Lima muka lama yang menang ialah Datuk Fatimah Hamat (Hulu Terengganu), Toh Puan Zaitun Mat Amin (Marang), Zainun Abu Bakar (Dungun), Senator Rohani Abdullah (Kemaman) dan Faridah Akmal A Latif (Naib Ketua Dungun).
Ia juga menyaksikan sedikit kejutan apabila beberapa tokoh calon orang lama yang pernah terpilih sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada pilihan raya umum kecundang pada pemilihan parti kali ini.

Empat bahagian Terengganu dijangka sengit

KUALA TERENGGANU - Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Umno 2013 bagi jawatankuasa Bahagian di Terengganu yang akan berlangsung Sabtu ini dijangka lebih sengit berbanding pemilihan tiga sayap parti semalam. 

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Terengganu Datuk Muda Mamat berkata, pihaknya menjangka empat bahagian akan menghadapi persaingan sengit iaitu di Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Kuala Nerus.

"Ini kerana pertandingan di keempat-empat bahagian itu agak 'panas' kerana calon yang bertanding semuanya mempunyai penyokong kuat masing-masing dan peluang mereka juga agak seimbang kerana keistimewaan tersendiri.

Ahad, 13 Oktober 2013

UMNO Tempa Sejarah Dengan Sistem Pemilihan Baru

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata rakyat hari ini dapat melihat UMNO telah menempa sejarah dalam sistem pemilihan parti yang baharu.
Katanya, sistem “electoral college” di mana satu bahagian memiliki satu undi lebih mencerminkan pandangan ahli secara menyeluruh.
Dan ini, katanya, secara langsung menunjukkan UMNO bukan lagi sekadar kuasa di tangan segelintir perwakilan.
“Saya percaya UMNO menjadi pengorak trend. Transformasi ini benar-benar meremajakan UMNO. Parti lain dilihat kuno dan ketinggalan,” katanya kepada Bernama TV.
Ahmad Shabery berkata demikian sebagai mengulas proses pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di 191 UMNO bahagian membabitkan 183 calon hari ini.

Sabtu, 12 Oktober 2013

48 calon Umno Terengganu menang tanpa bertanding



KUALA TERENGGANU - Seramai 48 calon pemilihan jawatankuasa peringkat sayap Umno Bahagian negeri Terengganu menang tanpa bertanding pada pemilihan hari ini.

Jawatankuasa Pemilihan Umno Terengganu Datuk Muda Mamat berkata keputusan itu melibatkan pemilihan bagi 138 jawatan utama dalam tiga sayap di lapan Umno Bahagian seluruh Terengganu.
    
Beliau berkata mengikut pecahan, pemilihan Wanita Umno bahagian di negeri itu menyaksikan tiga calon Ketua Wanita Bahagian iaitu Marang, Hulu Terengganu dan Besut menang tanpa bertanding, Naib Ketua Wanita (tiga calon) iaitu dari Hulu Terengganu, Setiu dan Kemaman.

PENGAWAL PERIBADI "CAP AYAM" ??

Gambar hiasan
JOHOR BAHARU: Berang dengan tindakan seorang lelaki dan rakannya yang memandu laju di sebuah kawasan perumahan, seorang ahli perniagaan dan dua pengawal peribadinya menahan kereta itu lalu menendangnya sehingga kemik.
Dalam kejadian di Taman Mutiara Rini di sini Rabu lepas, mereka turut mengarahkan kedua-dua lelaki itu keluar daripada kereta dan apabila enggan, seorang daripada pengawal peribadi itu mengangkat bajunya bagi menunjukkan sepucuk pistol yang tersisip di pinggang.
Mangsa berusia 20an yang takut dengan ancaman itu kemudiannya melarikan diri lalu membuat laporan polis pada 10.30 malam.
Susulan laporan itu, sepasukan polis telah menahan ketiga-tiga suspek berkenaan dan merampas dua pucuk pistol jenis Glock, 22 butir peluru, dua sarung pistol, empat salinan borang lesen senjata api dan sebuah kereta Proton Wira berwarna biru.
"Perselisihan faham di antara mereka dipercayai berlaku apabila suspek berang dengan mangsa yang memandu kereta secara laju di kawasan taman perumahan," kata ketua polis daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad pada satu sidang akhbar pada Jumaat.
KLIK SINI untuk berita selanjutnya.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Festival Gamelan Sedunia 2013 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

Terengganu bakal menjadi medan pertemuan ramai pakar, pencinta serta peminat gamelan tempatan dan luar negara bagi menyertai Festival Gamelan Sedunia 2013 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.


Festival anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) itu diadakan selama tiga hari, bermula 25 Oktober depan.

Penolong Kurator (Perhubungan dan Pemasaran) LMNT, Mohd Saberi Muda berkata bertujuan festival kali ketiga ini merupakan usaha berterusan selepas Festival dan Simposium Gamelan yang pernah diadakan pada 2008 dan 2010. 


Katanya, apa yang menariknya, ia turut disertai beberapa kumpulan dari luar negara, termasuk kumpulan Gamelan Bali, Jepun, Jawa, Kumpulan Gamelan Melayu United Kingdom dan China.

"Festival ini juga akan turut disertai beberapa kumpulan gamelan tempatan dan profesional tempatan seperti Hand Percussion, Kumpulan Pak Ngah, Kumpulan Gamelan Istana Budaya dan beberapa kumpulan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta," katanya dalam satu kenyataan..

Berita selanjutnya layari DISINI

Khamis, 10 Oktober 2013

UMNO TERENGGANU: 42 CALON TIDAK LAYAK BERTANDING

KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa Pemilihan UMNO Terengganu menyenaraikan 42 daripada keseluruhan 1,567 calon di lapan bahagian UMNO di negeri ini tidak layak bertanding peringkat bahagian dan sayap. 

Pengerusinya, Datuk Muda Mamat berkata, bahagian Setiu mencatat angka tertinggi iaitu sembilan calon diikuti Kuala Nerus (lapan), Besut (tujuh), Hulu Terengganu (lima), Kuala Terengganu (lima), Kemaman (empat), Dungun (dua) dan Marang (dua). 

Katanya sebahagian besar daripada 42 calon yang gagal melayakkan diri bertanding terlibat dengan masalah jaminan pinjaman dan muflis yang tidak disedari calon. "Kalau sah tidak lepasi saringan Jabatan Insolvensi dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), terlibat berkaitan jenayah, khalwat dan sebagainya, mereka secara automatiknya akan digugurkan daripada bertanding," katanya pada sidang media selepas meninjau persiapan menjelang pemilihan UMNO. 

Pemilihan bagi tiga sayap parti diadakan serentak di seluruh negara Sabtu ini, manakala pemilihan peringkat bahagian dan majlis tertinggi 19 Oktober ini. - BERNAMA

Rabu, 9 Oktober 2013

21,694 perwakilan Umno buat penentuan hala tuju parti


Seramai 21,694 orang perwakilan Umno bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri akan membuat penentuan pemimpin masing-masing pada 12 dan 19 Oktober depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Terengganu, Dato’ Haji Muda Mamat berkata, 12 Oktober adalah mesyuarat perwakilan sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri manakala 19 Oktober akan diadakan mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian. 


“Daripada jumlah itu seramai 7,938 orang perwakilan bahagian, perwakilan Wanita 5,098 orang, Pemuda 4,927 dan Puteri 3,731 orang,” katanya kepada pemberita di Bilik Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Terengganu semalam.

Katanya, mesyuarat perwakilan diadakan di bahagian masing-masing dan dijangka bermula serentak jam 8.30 pagi dikuti proses pengudian akan bermula selepas itu.

Sumber: KLIK SINI

Selasa, 8 Oktober 2013

JAWI MAIN TARIK TALI PULAK ????

Permohonan JAWI ditolak - MACAM ADA APA-APA AJE !!!

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, tadi menolak permohonan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menarik balik pertuduhan ke atas pengurus stor kedai buku Borders di The Gardens, Mid Valley City, Nik Raina Nik Abdul Aziz berhubung pengedaran buku kontroversi karangan Irshad Manji.
Hakim Syarie Datuk Abdul Walid Abu Hassan juga menangguhkan prosiding kes itu sehingga proses rayuan di Mahkamah Rayuan selesai.

Isnin, 7 Oktober 2013

Kerajaan Kedah berkongsi Ilmu dengan Terengganu

Terengganu sedia kongsi Konsep ‘Ulul Albab’

Kerajaan negeri sedia berkongsi kejayaan Konsep 'Ulul Albab' yang diperkenalkan di Terengganu demi memartabatkan bidang pendidikan negara sekali gus melahirkan generasi pewaris yang cemerlang akademik dan sahsiah diri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas Terengganu, YB Ghazali Taib berkata, kerajaan negeri menyambut baik hasrat kerajaan Kedah yang tertarik dengan program tersebut dan mahu dilaksanakan di negeri itu.


“Ia merupakan suatu pengiktirafan kepada negeri Terengganu apabila kerajaan Kedah sudi mencontohi dan mengaplikasikan apa yang telah kita laksanakan.

“Demi membangunkan anak bangsa khususnya dalam aspek pendidikan, kerajaan negeri berbesar hati bekerjasama dengan kerajaan Kedah untuk merealisasikan Konsep 'Ulul Albab' di negeri tersebut menjadi kenyataan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Teganukita ketika ditemui di Majlis Dialog Bersama Exco Pendidikan Kedah dan Exco Pendidikan Terengganu di Riyaz Heritage, malam tadi.

Berita selanjutnya KLIK DISINI

Ahad, 6 Oktober 2013

TONY PUA KURANG AJAR DAN BIADAP !!!!

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas kenyataan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO' ekoran isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan menegaskan, perbuatan tersebut amat keterlaluan, biadab, kurang ajar dan perlakuan buruk itu dibimbangi akan menjadi ikutan generasi muda jika terus menerus diamalkan.

"Kalau nak berpolitik ada had dan batasan. Sikap kurang ajar ini akhirnya akan menyuntik dan mengajar anak-anak kita untuk meneruskan amalan yang biadab.

"Ini bukan cara kita. Jangan mudah kata ROS dan Utusan Malaysia sebagai anjing UMNO," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival 1Mindef di Dataran Kluang di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan berkata, perkara tersebut mungkin sengaja ditimbulkan untuk mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai namun menyerahkan hal itu kepada rakyat bagi membuat penilaian.

Jumaat, 4 Oktober 2013

HISHAMUDDIN KECUNDANG ???

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata masih terlalu awal untuk beliau meletakkan keyakinan dapat merebut satu daripada tiga kerusi naib presiden Umno dalam pemilihan parti kali ini.

Beliau berkata pertimbangan dan keputusan untuk menentukan calon paling layak bagi mengisi tiga kerusi naib presiden Umno itu terletak di tangan 146,500 perwakilan pada pemilihan parti 19 Okt ini.

"Macam mana nak kata kita yakin... 150,000 perwakilan. Saya rasa terlalu awal kot. Apa yang ada dalam hati perwakilan kita wallahualam, Tuhan saja yang tahu. Yang paling penting saya yakin bahawa saya telah buat yang terbaik.

Khamis, 3 Oktober 2013

Seludup minyak: Kerajaan rugi RM2.5 juta sebulan

Kerajaan mengalami kerugian kira-kira RM2.5 juta sebulan akibat kegiatan penyeludupan minyak petrol dan diesel dari negeri ini ke negara jiran.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan Datuk Azis Yacub berkata, kerugian itu melibatkan jumlah subsidi minyak yang mengalir keluar dan cukai yang gagal dikutip.

Kegiatan penyeludupan diesel dan petrol di kawasan Tumpat sahaja telah menyebabkan kerajaan mengalami kerugian kira-kira RM98,000 dalam masa sehari, katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Azis berkata, aktiviti penyeludupan itu berlaku melalui Sungai Golok yang menjadi sempadan Kelantan dan Thailand, bermula dari Pengkalan Kubor di Tumpat hingga ke Jeli.

Selasa, 1 Oktober 2013

PAS WAJIB KELUAR DARIPADA PAKATAN RAKYAT

Ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi tidak rela membiarkan parti itu menjadi 'pak sanggup' dalam segala isu dan kecelaruan yang melanda sekutu-sekutunya di dalam pakatan pembangkang.

Ahli Pas Cawangan Kampung Binjai, Kepala Batas Pulau Pinang, Mahzan Zahid, 34, berkata, imej Pas turut terjejas dengan kontroversi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Beliau yang menganggotai Pas sejak 12 tahun lalu memberitahu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dilanda krisis perebutan kuasa terutama di Selangor.

"Selain itu, kita mempunyai masalah dengan PKR dan DAP di semua negeri khususnya dalam soal pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

"Saya berasa amat malu kerana masalah-masalah yang berlaku itu menunjukkan Pas tidak mempunyai persefahaman dan keserasian dengan DAP serta PKR," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahzan mengulas saranan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dalam ucaptama Multaqa Ulama Se-Malaysia di Kedah pada 14 September lalu yang mencadangkan jawatankuasa khas ditubuhkan segera bagi mengkaji kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap Pas serta menilai kembali tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang.

Tambah beliau, saranan tersebut menunjukkan Harun ingin melihat Pas dihormati kawan dan lawan.

Jelasnya, Harun amat mengambil berat dan meneliti cadangan-cadangan yang dibentangkan para ulama pada multaqa tersebut.

"Saya menyokong sepenuhnya saranan Harun agar parti mengkaji semula tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR yang sememangnya perlu dilakukan selepas Pas kehilangan sokongan pada PRU-13," ujarnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...