Sabtu, 19 Oktober 2013

Pemilihan Umno: Sokongan Akar Umbi Terhadap Hishammuddin Diragui

PETALING JAYA: Menjelangnya pemilihan peringkat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Sabtu melihatkan masa depan politik penyandang Naib Presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diragui ekoran beliau tidak lagi dilihat sebagai pilihan akar umbi.
Walaupun trend mengundi dalam pemilihan Sabtu lalu daripada tiga sayap menunjukkan penyandang kini mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mempertahankan jawatan, namun senario ini mungkin berbeza pemilihan MT dengan tanda-tanda akar umbi akan memilih calon baru pada Sabtu ini.
"Hishammuddin dilihat sebagai menteri yang lemah, terutamanya apabila beliau memegang portfolio Menteri Dalam Negeri," kata Ketua Penerangan Barisan Nasional Selayang, Hasnal Rezua Merican ketika dihubungi The Star Online.
Hasnal Rezua menyifatkan Hishammuddin hanya memimpin dengan "cara yang selamat" dalam dasar membuat keputusan dan tidak segera menyelesaikan masalah.
"Sebagai contoh, beliau tidak tegas dalam mengambil pendirian terhadap penunjuk perasaan Bersih dan mereka yang melanggar undang-undang, berbanding dengan Menteri Dalam Negeri sekarang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya.
Beliau berkata, prestasi calon dalam Kabinet akan menjadi petunjuk utama dalam menentukan undi daripada akar umbi.
"Kata-kata daripada akar umbi memberitahu saya bahawa mereka mungkin akan mengekalkan dua penyandang, Zahid, kerana vokal dan ketegasannya dan Datuk Seri Shafie Apdal, kerana menerima sokongan besar dari Sabah, negeri asalnya," katanya.
KLIK DISINI untuk berita selanjutnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...