Sabtu, 15 Jun 2019

SEBELUM BERLARUTAN PERLU DIHENTIKAN SEGERA


MARANG - TREND MENJAJA DI TEPI LAMPU ISYARAT seperti yang kebiasaan dilihat di negara jiran bukan satu perkara baharu kerana ia turut berlaku di persimpangan lampu isyarat utama di daerah ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Marang (MDM), MOHD HUZAIRIL NIZAM IBRAHIM berkata, peniaga jalanan dibenarkan melakukan aktiviti berkenaan namun perlu MENGAWAL SIKAP DAN TIDAK KURANG AJAR terutama kepada pengguna jalan raya.

"Kebelakangan ini trend perniagaan ini mula MENDAPAT MAKLUM BALAS NEGATIF terutama daripada pengguna jalan raya kerana sikap segelintir PENIAGA YANG KURANG AJAR," katanya hari ini.

"Antara aduan diterima ialah mengganggu lalu lintas, MENUNJUKKAN ISYARAT LUCAH DAN PENUMBUK KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA apabila ditegur kerana peralatan dibawa terkena kenderaan," katanya.

Menurutnya, peniaga dinasihatkan tidak emosional selain tolak ansur dan hormat-menghormati perlu diterapkan dalam aktiviti jual beli supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini termasuk pergaduhan.

"Dengan kelonggaran yang kita beri (kepada peniaga) gunakanlah dengan sebaiknya. Sekiranya keadaan tidak terkawal dan kita berterusan mendapat aduan maka tindakan terpaksa diambil.

"Kita sebenarnya tiada halangan dan mengakui susah untuk mencari rezeki sekarang ini. Jadi jangan kerana segelintir peniaga yang bersikap kurang ajar ini yang lain turut terkesan," katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati peniaga di persimpangan terbabit menjaja makanan pada kadar RM10 sebekas dari kereta ke kereta oleh golongan belia dipercayai baru tamat belajar.

Artikel Penuh : KLIK DISINI

Khamis, 13 Jun 2019

MARANG SIFAR IKLAN HARAM KHUSUSNYA PINJAMAN WANG TIDAK BERLESEN MENJELANG 2020


MARANG - Majlis Daerah Marang (MDM) menurunkan sebanyak 3,539 iklan haram dalam operasi sepanjang Mei sehingga akhir Ramadan lalu di beberapa kawasan di daerah itu.

YANG DIPERTUA MDM, MOHD HUZAIRIL NIZAM IBRAHIM berkata, operasi dijalankan untuk membanteras kegiatan pemasangan iklan haram seperti GEGANTUNG TIADA KELULUSAN di sekitar daerah.

Menurutnya, sasaran utama operasi tersebut dilakukan adalah untuk menurunkan iklan tanpa kelulusan, PINJAMAN WANG TIDAK BERLESEN dan tamat tempoh di tiang lampu dan kawasan simpang.

"Ini juga bagi memastikan tiada iklan haram kelihatan sepanjang Syawal yang dapat memberi imej buruk kepada pihak berkuasa tempatan khususnya kepada perantau yang pulang berhari raya.

“Kami juga ingin mengingatkan orang ramai terutama peniaga agar TIDAK TERJEBAK DENGAN SINDIKET PINJAMAN WANG HARAM YANG SENTIASA MENINDAS PEMINJAMNYA,” katanya kepada media hari ini.

Menyentuh tentang operasi itu, beliau berkata, ia akan DIADAKAN SECARA BERTERUSAN oleh anggota penguatkuasa MDM yang diketuai Ketua Penguatkuasa MDM, Mohd Azam Arshad.

Beliau berkata, operasi itu juga bagi mencapai hasrat MDM dalam memastikan MARANG BERSIH DARIPADA IKLAN HARAM ATAU SIFAR IKLAN HARAM khususnya pinjaman wang tidak berlesen menjelang 2020.

"Kini MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG JUGA DIBERIKAN KEBENARAN UNTUK MENURUNKAN IKLAN HARAM di kawasan masing-masing sekali gus dapat membantu bagi mencapai hasrat itu," katanya.

Artikel Penuh : KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...