Sabtu, 15 Jun 2019

SEBELUM BERLARUTAN PERLU DIHENTIKAN SEGERA


MARANG - TREND MENJAJA DI TEPI LAMPU ISYARAT seperti yang kebiasaan dilihat di negara jiran bukan satu perkara baharu kerana ia turut berlaku di persimpangan lampu isyarat utama di daerah ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Marang (MDM), MOHD HUZAIRIL NIZAM IBRAHIM berkata, peniaga jalanan dibenarkan melakukan aktiviti berkenaan namun perlu MENGAWAL SIKAP DAN TIDAK KURANG AJAR terutama kepada pengguna jalan raya.

"Kebelakangan ini trend perniagaan ini mula MENDAPAT MAKLUM BALAS NEGATIF terutama daripada pengguna jalan raya kerana sikap segelintir PENIAGA YANG KURANG AJAR," katanya hari ini.

"Antara aduan diterima ialah mengganggu lalu lintas, MENUNJUKKAN ISYARAT LUCAH DAN PENUMBUK KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA apabila ditegur kerana peralatan dibawa terkena kenderaan," katanya.

Menurutnya, peniaga dinasihatkan tidak emosional selain tolak ansur dan hormat-menghormati perlu diterapkan dalam aktiviti jual beli supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini termasuk pergaduhan.

"Dengan kelonggaran yang kita beri (kepada peniaga) gunakanlah dengan sebaiknya. Sekiranya keadaan tidak terkawal dan kita berterusan mendapat aduan maka tindakan terpaksa diambil.

"Kita sebenarnya tiada halangan dan mengakui susah untuk mencari rezeki sekarang ini. Jadi jangan kerana segelintir peniaga yang bersikap kurang ajar ini yang lain turut terkesan," katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati peniaga di persimpangan terbabit menjaja makanan pada kadar RM10 sebekas dari kereta ke kereta oleh golongan belia dipercayai baru tamat belajar.

Artikel Penuh : KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...