Khamis, 19 Oktober 2017

SIASAT KP SPRM: PASUKAN KHAS PANTAU SIASATAN DITUBUH

JABATAN Peguam Negara (AGC) sudah menubuhkan pasukan petugas khas Isnin lalu untuk memantau secara lebih dekat siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan dan kesalahan lain berkaitan.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, tindakan itu dibuat memandangkan tuduhan yang dibuat terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM amat serius dan boleh menjejaskan integriti beliau.

"Pada masa sama, AGC ingin mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

"Sejajar dengan amalan terbaik dalam polisi pendakwaan, kami juga akan memastikan siasatan tidak akan menghalang pemberi maklumat atau saksi yang berwibawa untuk tampil bagi membantu siasatan supaya kebenaran akan terbukti.

Sabtu, 14 Oktober 2017

JANTUNG MADEY SEMAKIN TERSENTAK LAPURAN SIASATAN FOREX

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan menerima laporan siasatan Suruhanjaya Siasatan mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.

Laporan setebal 400 muka surat itu diserahkan kepada Seri Paduka oleh Pengerusi Suruhanjaya itu Tan Sri Mohd Sidek Hassan di Istana Negara di sini, lewat petang ini.

"Suruhanjaya telah menyembah maklum kepada Seri Paduka Baginda akan laporan suruhanjaya yang telah disediakan dalam masa tiga bulan.

"Seri Paduka akan membawa laporan itu kepada kerajaan dan saya telah menjelaskan dalam sesi bersama Seri Paduka tadi tentang hasil daripada Suruhanjaya tersebut. Terpulang kepada kerajaan untuk membuat tindakan selanjutnya," kata Mohd Sidek ketika ditemui pemberita di Istana Negara.

Terdahulu, Mohd Sidek yang juga Pengerusi Petronas dan anggota-anggota suruhanjaya itu menghadap Sultan Muhammad V selama lebih sejam.

Ahad, 8 Oktober 2017

DUA PENGAWAL DIRAJA ARAB SAUDI MATI DITEMBAK

JEDDAH: Seorang lelaki bersenjata menembak mati dua pengawal diraja dan mencederakan tiga yang lain di pintu pagar istana, bandar Laut Merah Jeddah.

Kementerian Dalam Negeri berkata lelaki berusia 28 tahun yang dikenali pasti sebagai rakyat Arab Saudi itu bersenjatakan Kalashnikov dan tiga bom tangan.

Dia ditembak mati pengawal diraja selepas melakukan serangan.

"Seorang lelaki keluar dari kereta dan terus melepaskan tembakan ke arah pos kawalan diraja," kata satu kenyataan yang disiarkan agensi Saudi Press.

Menurut kenyataan it, serangan lelaki terbabit menyebabkan dua pengawal terbunuh dan pengawal lain bertindak balas terhadap penyerang.

Terdahulu kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Arab Saudi memberi amaran kepada rakyatnya berhubung laporan serangan terbabit.

Amaran itu dikeluarkan sejurus selepas polis Arab Saudi menyerbu tempat persembunyian pengganas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan MILITAN IS minggu ini menyebabkan dua terbunuh dan lima lagi ditahan. – AFP


Rabu, 4 Oktober 2017

TELUNJUK MAHATHIR LURUS TAPI PENUH DENGAN NAJIS

Empat parti politik – DAP, PPBM, PKR dan Amanah BERLAGAK sebagai sebuah entiti politik berpadu seperti Umno-BN demi menumbangkan perikatan politik yang sudah dijalin sejak enam puluh tahun lalu itu. Bagaimanapun lakonan itu tidak jujur.
Mendaftarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai sebuah parti politik hanya pementasan sandiwara politik yang menakutkan dan boleh menghunjamkan negara ke lembah kehinaan kerana cuba memutarbelit keluhuran sistem demokrasi demi mencapai matlamat politik. 

Pertama, PH menghadapi krisis saling tidak mempercayai di antara anggota mereka. Contoh paling jelas ialah apabila PH mengambil pendirian tidak mahu PAS menjadi kerabatnya, PKR bertindak sebaliknya. 

Kedua, PH juga mempamerkan nilai politik yang buruk dalam percubaan meniru perpaduan Umno-BN kerana ia lebih cenderung menebarkan jaring propagandanya yang berpaksikan putar belit fakta dan fitnah. 

Justeru, serahkan pada pemimpin-pemimpin PH untuk memberi intepretasi apa jua gerak kerja kerajaan Umno-BN dan mereka akan mampu memberi tafsiran politik menggiurkan untuk menyemarakkan kebencian terhadap kerajaan

Tidak kira sama ada pengamatan PH itu bersandarkan fakta atau emosi dan mungkin juga tipu daya, yang penting tidak mungkin bacaan politik mereka akan memuji apatah lagi memihak pada kerajaan. Itu hakikat.
Misalnya, dalam isu lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat minggu lalu berikutan jemputan presidennya Donald Trump. PH cuba meremehkannya dengan mengatakan pertemuan itu berlangsung tidak sampai enam minit.

Khamis, 28 September 2017

KERUGIAN PEWARJA AKAN BERULANG KEPADA PLUS

14.5 Juta Pencarum Mungkin Rugi Jika KWSP Jual PLUS
Kebimbangan bahawa kira-kira 14.5 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mungkin hilang aliran pendapatan dividen yang kukuh sekiranya dana pencen itu menjual 49% kepentingannya dalam syarikat pengendali lebuh raya, PLUS Malaysia Bhd, kini semakin meningkat.
Kebimbangan ini semakin meraih momentum susulan laporan berita bahawa usahawan Tan Sri Abu Sahid Mohamad berusaha untuk mengambil alih PLUS Malaysia melalui Maju Holdings Sdn Bhd.
Selain 49% ekuiti KWSP dalam PLUS Malaysia, majoriti 51% pegangan saham lagi dipegang oleh UEM Group Bhd, yang merupakan anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd.
Penganalisis berkata cadangan itu perlu ditolak kerana kedua-dua dana pencen dan cabang pelaburan kerajaan itu menikmati pulangan yang baik daripada pengambilalihan PLUS Malaysia sejak akhir 2011.

Mereka juga berkata PLUS Malaysia merupakan perniagaan teras bagi Khazanah, dan pelaburan teras bagi KWSP, dan sudah pasti merupakan penjana pendapatan penting bagi kedua-duanya.

Isnin, 25 September 2017

AZMIN ALI IKUT TELUNJUK DAP JIKA NAK KEKAL MENJADI MB SELANGOR

KLANG, 3 Muharram 1439H, Ahad – Tatkala umat Islam keras membantah penganjuran pesta arak, Better Beer Festival 2017 (BBF17) diadakan di ibu negara pada awal Oktober depan, kerajaan Selangor menawarkan acara berkenaan diadakan di negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PENGANJUR BOLEH MEMINDAHKAN LOKASI PENGANJURAN PESTA ITU KE SELANGOR, dengan syarat mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pesta berkenaan sepatutnya diadakan pada 6 dan 7 Oktober ini di pusat beli-belah Publika, Kuala Lumpur dengan menampilkan 250 jenama arak dari 43 kilang di seluruh dunia.

Bagaimanapun Isnin lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menolak permohonan permit bagi penganjuran pesta berkenaan atas sebab keselamatan selain bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.

Malah, Ketua Polis Negara sebelum ini juga mendedahkan bahawa kumpulan militan merancang untuk mensabotaj pesta berkenaan, dan tidak menolak kemungkinan berlaku masalah keselamatan yang serius.

Azmin berkata, pendirian kerajaan negeri adalah menghormati adat resam dan budaya kaum-kaum yang membentuk rakyat Malaysia, bagaimanapun undang-undang perlu dipatuhi.

“Secara dasarnya kami (kerajaan negeri) menghormati dan memelihara hak kaum minoriti tetapi perlu patuh terhadap undang-undang sedia ada,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Sumber: KLIK DISINI


Ahad, 24 September 2017

PADAN MUKA HABUAN UNTUK KAKI FITNAH !!!

KENA SAMAN PUN SALAH UMNO JUGAK !!!! AMBIK KAU.......
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memohon sumbangan orang ramai bagi mengelakkan dirinya daripada diisytihar muflis berikutan kemungkinan tidak mampu membayar ganti rugi dan kos berkaitan dengan saman fitnah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).
"Beberapa minggu yang lalu, peguam saya menerima surat tuntutan meminta RM300,000 yang perlu dibayar. Jika tidak, mereka mengancam untuk memulakan prosiding kebankrapan terhadap saya.
“Sebenarnya kes ini sedang melalui rayuan di Mahkamah Rayuan yang telah ditetapkan dalam bulan Oktober 2017.
“Walau bagaimana pun, undang-undang menetapkan saya perlu membayar dahulu kalau pun saya mungkin menang di peringkat rayuan,” katanya dalam satu posting di Facebook semalam.
Saman itu difailkan selepas Rafizi mendakwa pengerusi NFC Datuk Seri Mohd Salleh Ismail membeli lapan hartanah di KL Eco-City dengan dana awam yang diperuntukkan kepada syarikat berkenaan.

Khamis, 21 September 2017

KERAJAAN PULAU PINANG CUBA KEKANG PEMBANGUNAN ISLAM ???

PAS didakwa menuduh kerajaan Pulau Pinang membuat ugutan di samping cuba “membantutkan pembangunan Islam” selepas amaran exco agama, Datuk Abdul Malek Kassim untuk MENUTUP SEKOLAH TAHFIZ di negeri itu yang tidak menepati piawaian.
“Hairannya, kerajaan negeri tidak pula pantas untuk menutup premis judi, arak dan kilang haram di negeri ini yang mendatangkan pelbagai kesan negatif. Bahkan dilihat pula melindunginya,” kata Mohd Yusni Mat Piah.
“Di mana suara Malek dalam perkara ini?” soal Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang itu lapor FMT.
Beliau berkata amaran itu adalah bukti Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP dan PKR “tidak ada beza dengan kerajaan Umno-BN yang tidak mesra Islam”.

Selasa, 19 September 2017

NOR MOHAMED 'PENYELAMAT' NEGARA, TUN MAHATHIR ‘PELINGKUP’ NEGARA

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad memuji tindakan yang dilakukan bekas menteri kewangan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang disifat sebagai 'penyelamat' kepada ekonomi negara daripada mengalami kerugian ratusan bilion ringgit.

Jelas bekas perdana menteri itu, pelantikan Nor Mohamed sebagai anggota jawatankuasa kecil dalam menangani isu berkenaan tepat pada masanya selepas mereka mengadakan pertemuan di Buenos Aires, Argentina antara lewat 1997 dan awal 1998.

Katanya, beliau memerlukan pakar-pakar dalam bidang kewangan bagi membantu kerajaan menangani masalah krisis ekonomi 1998.

"Saya ingin mengesahkan bahawa apabila krisis ekonomi itu bermula, saya memerlukan pakar-pakar dalam bidang kewangan dan urusan mata wang bagi tujuan membantu kerajaan menangani masalah itu.

"Saya teringat bahawa pada satu hari, lewat 1997 ataupun awal 1998, saya pernah ternampak Nor Mohamed di jalan raya semasa saya berada di dalam kereta.

Sabtu, 16 September 2017

Kasanova Thailand Kahwini 120 Wanita

POLIGAMI diharamkan di Thailand, namun ia tidak bermakna dapat menahan keinginan seorang kasanova daripada mengahwini 120 wanita dan memperoleh 28 anak.

Lebih menarik lagi, kesemua isterinya saling mengenali antara satu sama lain dan tidak memandang ia sebagai satu masalah.

Ketua Daerah Phromnee dari wilayah Nakorn Nayok, Thailand, Tambon Prasert dipaksa untuk mengakui kesalahannya itu selepas pengamal media di negara tersebut mengetahuinya melalui sumber yang tidak didedahkan.

Ahli politik berusia 58 tahun itu yang juga memiliki beberapa perniagaan pembinaan telah menjemput media ke rumahnya untuk menjelaskan situasi sebenar.

Khamis, 14 September 2017

TIGA PENGURUS KILANG PAPAN, PEMANDU DIREMAN

KUALA TERENGGANU - Tiga pengurus kilang papan dan seorang pemandu direman selama lima hari sehingga 16 September ini, bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah kepada penguat kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) pada Mei hingga Ogos lalu.

Keempat-empat suspek itu ditahan dalam Ops Timba dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kelmarin selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pembalakan haram di sekitar negeri ini.

Perintah reman terhadap keempat-empat suspek itu dikeluarkan semalam oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret, Noradila Ab Latiff bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dijalankan.


Sebelum itu, kesemua suspek tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu kira-kira jam 9.30 pagi semalam, sambil diiringi pegawai SPRM.

Selasa, 12 September 2017

PENTADBIRAN NEGERI PULAU PINANG LIM GUAN ENG BENAR-BENAR JAHAT

Kisah Tersembunyi Tentang Edmund Gan Eu Lee & Kilang Haram Sungai Lembu

Pada 21 Ogos 2017, The Third Force (TTF) memulakan siri pendedahan yang berkaitan dengan kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam. Pada hari tersebut, TTF menyiarkan nama-nama 179 penduduk kampung yang menandatangani petisyen terhadap kilang akibat kebimbangan bahawa asap dan abu yang disebarkan adalah karsinogenik dan melonjak kadar kanser ke tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sejak itu, kami telah menemui siri dokumen yang menunjukkan betapa tidak cekap, tidak konsisten dan benar-benar jahat pentadbiran negeri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Sebahagian daripada dokumen-dokumen ini telah didedahkan, sementara yang lain disimpan di peti besi sementara menunggu tarikh matang satu minggu yang dikeluarkan oleh peguam Shamsher Singh Thind untuk Lim Guan Eng memberi respon.

Namun, kami tidak dapat apa-apa.
Memandangkan ini, TTF telah mengambil keputusan untuk membongkar keterlibatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan EXCOnya, Phee Boon Poh, untuk menyembunyikan bahaya alam sekitar dan kesihatan yang disebabkan oleh kilang itu dengan pemilik kilang Edmund Gan Eu Lee . Untuk permulaan, TTF akan menangani soalan bilion dolar yang mungkin ada pada fikiran semua orang, satu soalan yang mungkin memberi petunjuk tentang mengapa DAP berhempas-pulas untuk melepaskan Phee Boon Poh dari penahanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?
SIAPA EDMUND GAN EU LEE?

Edmund adalah seseorang yang mungkin anda panggil big gun dalam “industri emas hitam” (arang) di utara dan merupakan tokoh yang berpengaruh dalam senario bekalan habuk kayu. Beliau adalah pengarah GBH (BM) Sdn Bhd – syarikat swasta terhad (lihat dokumen di bawah) yang diperbadankan pada 14 September 2006 – dan berkait rapat dengan taikun kayu di Semenanjung Malaysia serta di Sabah dan Sarawak.


Sumber  bersambung:  KLIK DISINI


Isnin, 11 September 2017

HANYA SEBUAH PARTI BODOH AKAN TUNDUK KEPADA SKANDAL BODOH

PADAN MUKA: Bekas ahli Wanita Umno Anina Saadudin menyoal adakah PPBM mahu melupakannya walaupun beliau salah seorang daripada 7 pengasas parti itu, sempena ulangtahun pertama PPBM hari ini [8 Sept, 2017].
Anina yang memegang nombor keahlian 0000005 berkata beliau tidak menerima sebarang undangan ke majlis meraikan ulangtahun PPBM yang diadakan di Muar, Johor, walaupun dirinya satu-satunya “wanita” yang mengasaskan parti itu.
Anina dilantik ke majlis tertinggi PPBM pada November 2016 namun dilaporkan tersingkir dari semua jawatan parti berikutan satu SKANDAL MESEJ SEKS.
Kejatuhan Anina bermula selepas tangkap layar perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan tersebar baru-baru ini. Anina menfaikan dakwaan itu.
“Hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh,” katanya lapor Free Malaysia Today.
Menjadi trend politik di negara melayu Islam ini untuk mudah percaya bahan video atau gambar fitnah politik yang disebar di media sosial dan blog yang tidak ditentusahkan [bahan bukti rasmi] oleh mahkamah untuk membuat penghakiman sendiri. [nota: tidak seperti cukai GST yang kamu disahkan mesti bayar setiap hari]
Untuk rekod Anina menjadi terkenal selepas mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat Umno Bahagian Langkawi pada 2015 dengan ungkapannya ahli Umno ‘kena kencing’.
Ia disusuli pendedahan Najib menerima sebahagian daripada RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, wang yang dikatakan sumbangan keluarga diraja Arab Saudi untuk Umno yang mana kemudian beliau menjadi ahli Umno pertama menyaman PM agar memulangkan wang tersebut kepada parti namun akibat dipecat dari Umno menjadi sebab saman itu ditolak. 
Sumber dan bersambung: KLIK DISINI

Selasa, 5 September 2017

AMBIGA BIDAS RAFIZI BERHENTI MENYOKONG PAS

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Datuk S Ambiga berbunyi “macam ahli politik”, kata PKR apabila menggesa parti itu berhenti bertelagah dan membanyakkan kerja.
Peguam itu dan bekas pengerusi Bersih 2.0 juga dikatakan menggesa PKR terus berunding dengan PAS dan tidak menyokong Pakatan Harapan (PH).
Naib presiden PKR Rafizi Ramli mengulas kenyataan Ambiga yang menggesa parti itu bergerak di akar umbi macam Barisan Nasional di Twitternya minggu lepas.
“Akibatnya, beliau mungkin tidak selari dengan majoriti pengikut PH yang mahu terus ke depan berdasarkan prinsip, bukannya cuba meraikan PAS,” katanya.
Rafizi juga mendakwa Ambiga tidak tahu-menahu gerak kerja pemimpin PH untuk persiapan pilihan raya, khususnya dalam kawasan yang majoritinya tidak besar.
“Melalui [pertubuhannya] Invoke, PKR berkempen di bawah setiap minggu, purata lapan kerusi marginal setiap hujung minggu,” jelasnya lagi.
Dua bulan lalu, tambanya, beliau mengadakan 61 ceramah di 46 kerusi yang bakal dipertandingkan empat parti PH.


Sumber: KLIK DISINI

Rabu, 30 Ogos 2017

MUKTAMAD PH TAK AKAN BEKERJASAMA PARTI HADI AWANG

Pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan berkenaan kerjasama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah seperti berikut:
1) Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14); dan
2) Pakatan Harapan sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14.
YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad – Pengerusi Pakatan Harapan | YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail – Presiden Pakatan Harapan | YB Tan Sri Muhyiddin Yassin – Timbalan Presiden Pakatan Harapan | YAB Lim Guan Eng – Timbalan Presiden Pakatan Harapan | YBhg Hj Mohamad Sabu – Timbalan Presiden Pakatan Harapan

Isnin, 28 Ogos 2017

TERPAKSA MINTA BANTUAN BOMBA TANGGALKAN CAWAN BEKAM

Seorang lelaki di Beijing, China menghadapi detik-detik cemas apabila terpaksa mendapatkan khidmat bomba bagi menanggalkan cawan bekam yang melekat terlalu kuat pada bahagian belakangnya.
Hu, di lapor melakukan rawatan tradisional itu sendiri dirumahnya di wilayah Hunan pada Selasa lalu dengan bantuan isterinya. Walaubagaimanapun, isterinya telah melekapkan cawan bekam itu terlalu kuat hingga tidak dapat ditanggalkan.
Akibatnya, bahagian belakang Hu yang dibekam itu bertukar menjadi bengkak dan merah. Isteri Hu yang panik telah mencuba pelbagai cara termasuk menggunakan tukul untuk menanggalkan cawan bekam tersebut, namun tidak berhasil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...