Rabu, 15 November 2017

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM) DIBUBARKAN ???

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Sebab Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak dapat mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya sebagaimana dikehendaki oleh Pendafrar Pertubuhan (RoS) adalah kerana PERINGKAT CAWANGAN DAN BAHAGIAN PARTI ITU MASIH BELUM BERBUAT DEMIKIAN.

Pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bila peringkat bawah belum mengadakan mesyuarat masing-masing, maka mustahil bagi mereka hendak menghantar perwakilan ke AGM parti.

"Ketika ini, kita
BELUM MENGATUR MESYUARAT kerana untuk mengadakan AGM, kita kena adakan mesyuarat cawangan dahulu, kemudian peringkat bahagian, kemudian baru kita boleh tentukan siapa yang akan menghadiri AGM," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, setiausaha agung parti itu Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh memberikan kenyataan kepada RoS berikutan aduan bahawa
KEPIMPINAN TERTINGGI GAGAL MEMATUHI PERLEMBAGAAN PARTI itu, termasuk kegagalan semua cawangan dan bahagian PPBM mengadakan mesyuarat, selepas ditubuhkan setahun lalu.

Shahruddin dipanggil selepas lapan bahagian PPBM di Johor membuat aduan tersebut kepada RoS. -- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...