Jumaat, 17 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH MARANG


Bukit Payong 16/02/2012Perarakan menyambut Maulidur Rasul Peringkat Daerah Marang bermula jam 8.30 pagi. Perarakan sejauh 3.5 kilometer bermula dari perkarangan Masjid Hj. Md Zain dan berakhir di Masjid Bukit Payong, juga mencatat sejarah apabila lebih 10,000 peserta mengambil bahagian, melibatkan 180 buah kontinjen.

Turut hadir dalam perarakan yang berlangsung Y.B. Dato' Yahya bin Khatib Mohamad,  Y.B. Haji Alias bin Abdullah, , Pegawai Daerah Marang, Pegawai Pembangunan DUN Daerah Marang, Ketua-Ketua Jabatan dan tetamu kehormat.


Pelbagai jabatan, agensi kerajaan, pelajar dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menyertai perarakan berkenaan.

Jabatan Bomba & Penyelamat telah terpilih sebagai kontinjen terbaik keseluruhan dari aspek yang telah ditentukan oleh pihak penganjur.


Meskipun perjalanan yang mengambil masa kira-kira dua jam dari tempat permulaan dan penamat kerana peserta yang dianggap ramai namun peserta tetap bersemangat meneruskan perarakan hingga sampai ke destinasi ditetapkan.

YB Dato’ Yahya bin Khatib Mohamad ketika berucap merasmikan sambutan itu berkata penyertaan ramai peserta membuktikan penduduk daerah itu mempunyai semangat tinggi untuk mengangkat martabat dan syiar Islam.
“Konsep perarakan itu juga menunjukkan semangat kerjasama berpasukan antara satu sama lain dan ini bukti jelas masyarakat Islam negeri ini mahu perpaduan terus dikekalkan demi kesejahteraan ummah,” katanya.
Untuk paparan selanjutnya sila layari facebook berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...