Rabu, 28 Mac 2012

723 PELAJAR DARJAH 4 DUN RHU RENDANG TERIMA E-BOOK


Marang 27/03/2012 - Dengan misi mahu membuat lonjakan hebat terhadap penguasaan teknologi maklumat (ICT), langkah demi langkah digerakkan bagi mengubah lanskap pendidikan Negeri Anjung Ilmu, Terengganu. Bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Medan Jaya, Rusila, wajah gembira murid, guru dan ibu bapa dirakamkan apabila seramai 723 murid dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang menerima agihan e-Book percuma.


Lebih bermakna, penyampaian daripada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said itu ditunggu-tunggu murid tahun empat dari sebelas buah sekolah itu.
 

Daripada jumlah itu, 24 penerima daripada SK Medan Jaya, SK Pulau Kerengga (75), SK Kelulut (66), SK Rhu Rendang (70), SK Bukit Gasing (61) dan SK Seberang Marang (86).

 
 

Tidak ketinggalan SK Batangan seramai 21 orang, SK Sentol Patah
 (37), SK Marang (98), SK Gong Nang (75) dan yang teramai sekali dari SK Rusila (111).

 

Turut hadir pada majlis itu,Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Daerah Marang, Tim. Pengarah Pelajaran Negeri, Ketua-Ketua Jabatan.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut dari Bahagian I hingga V:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...