Isnin, 19 Mac 2012

Anak Terengganu muncul Juara Program Adik-Adikku 2012

Image Detail 
PUTRAJAYA, 18 Mac (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hamidun berkenan berangkat ke pentas akhir program realiti Adik-Adikku musim ketiga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini Ahad malam.
Pada majlis itu, Seri Paduka turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang rancangan realiti televisyen itu yang diterbitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan turut disiarkan secara langsung di RTM1.

Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi, 13, dari Terengganu, muncul juara dan menerima hadiah wang tunai RM10,000, piala serta hadiah iringan antaranya pakej umrah dan ziarah, Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia,(YaPEIM) dan komputer riba. Naib johan adalah Nurkhairah Afiqah Metamit,13, dari Brunei yang menerima hadiah wang tunai RM8,000, piala dan hadiah iringan, manakala Muhammad Iqbal Zahin Mustafa Kamal, 12, dari Pahang adalah pemenang tempat ketiga yang membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000, piala serta hadiah iringan.

Dua finalis lain Muhammad Rafiuddin Rafdi Roslan, 10, dari Kedah dan Raja Nur Shazatul Aisyah Raja Idris Shah, 12, dari Perak masing masing menerima hadiah wang tunai RM3,000 beserta piala serta hadiah iringan lain.

Musim ketiga 'Adik-Adikku' mula bersiaran pada 8 Feb lepas dengan menampilkan 13 peserta, termasuk seorang dari Brunei Darussalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...