Khamis, 29 Mac 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 33 PERSATUAN NELAYAN KAWASAN MARANG


Marang 28/03/2012 - Persatuan Nelayan Kawasan Marang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 33 pada hari ini bertempat di Dewan Pusat Sumber Pendidikan Daerah Marang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Turut hadir Pen. Pegawai Penyelia PN/KN Negeri Terengganu, Tuan Haji Zali bin Ibrahim.


Seramai 700 orang ahli-ahli hadir dimajlis yang dianjurkan. Selain mengadakan majlis mesyuarat agung, penyampaian saguhati kepada anak-anak ahli yang mendapat kejayaan cemerlang didalam peperiksaan UPSR/PMR dan SPM tahun 2011.

 
Dalam ucapan ringkas Tuan Haji Nik Dir mengucapkan syabas kepada Persatuan Nelayan Kawasan Marang berjaya mengadakan mesyuarat kali ke 33 dengan kehadiran ahli-ahli yang sangat memberangsangkan. Ini membuktikan komitmen ahli-ahli terhadap persatuan dengan pimpinan yang ada termasukan sokongan padu dari pihak LKIM dan berjaya berdaya saing dengan persatuan-persatuan nelayan di seluruh Negeri Terengganu.
 
 

Beliau berharap segala kemudahan yang diberi oleh pihak kerajaan dapat dipergunakan dengan sebaik mungkin dan jangan sekali-kali menyalahgunakannya untuk kepentingan sendiri, agar persepsi terhadap nelayan dapat dikikis dan berusaha untuk melonjak keluar daripada kepompong kemiskinan. Insyallah.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...