Isnin, 31 Disember 2012

PROGRAM BANTUAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH TAHUN 2013


Rhu Rendang 30/12/2012 - Bagi menepati 'Janji Ditepati' Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah menyempurnakan Program Bantuan Pakaian Seragam Persekolahan bagi tahun 2013 kepada 550 orang penerima bagi fasa pertama yang melibatkan lima buah kampong di DUN  Rhu Rendang. Kampong tersebut adalah Kg. Seberang Marang, Kg. Bukit Gasing, Kg. Rhu Muda, Kg. Batangan dan Kg. Darat Pak Chan.

Program berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula jam 9.30 pagi. Turut sama Penghulu Mukim Pulau Kerengga, Mukim Rusila serta petugas-petugas APMT Dun Rhu Rendang.

Dalam ucapan ringkas perasmian program, Tuan Haji Nik Dir menyeru kepada semua penerima jangan menganggap pemberian bantuan daripada Kerajaan Negeri ini adalah semata-mata untuk meraih undi PRU ke 13, sedangkan pemberian bantuan seumpama ini telahpun berjalan sejak 5 tahun yang lalu.


Namun begitu jika sekiranya ada lagi keluarga yang masih belum menerima bantuan seumpama ini, bolehlah mengisi serta menghantar borang permohonan ke Pejabat DUN sebelum 07/01/2013.


Selain daripada itu, bantuan daripada Kerajaan Pusat juga akan dibuat pada awal tahun 2013 kepada pelajar seisi keluarga dengan tidak mengira jumlah pendapatan seisi rumah. Bantuan akan diberi kepada semua pelajar-pelajar di sekolah masing-masing.


Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...