Rabu, 19 Disember 2012

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA TANGGUNG LAH SENDIRI


Pada ketika beberapa ulama hari ini menegaskan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajib segera menarik balik amanatnya pada 1981 yang menggambarkan UMNO kafir, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Rabu lalu, penyokong kerajaan, Ramlan Ali (BN-Jabi) (gambar kiri) menegaskan beliau tidak akan memaafkan Presiden PAS itu. Ini kerana menurutnya, Hadi mengkucar-kacirkan hubungan keluarganya sejak sekian lama disebabkan amanat itu.

Dalam nada beremosi, beliau berkata, Amanat Hadi yang dicetuskan di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 itu masih memberikan kesan berpanjangan baginya. Kesan itu juga turut meresap di kalangan masyarakat di DUN Jabi itu sehingga mereka berpecah-belah.

Walaupun sudah 31 tahun berlalu, tetapi Amanat Hadi membarah sehingga ke hari ini di dalam jiwa dan pemikiran pengikut tegar PAS menyebabkan mereka menolak mentah-mentah apa sahaja termasuk kebaikan yang cuba dibawa UMNO dan kerajaan.

Amanat yang menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam itu hakikatnya bukan sahaja berlaku di Terengganu tetapi juga negeri-negeri lain khususnya di Kedah, Kelantan, Pahang dan beberapa negeri lain. Berucap pada perbahasan Bajet 2013 Rabu 12 Disember 2012 pada sidang DUN Terengganu,

Ramlan menyatakan kesedihannya kerana masih terdapat bersolat berasingan di masjid, begitu juga mengebumikan jenazah di tanah perkuburan berasingan serta ada terpisah dengan keluarga.

Ramlan turut merujuk kepada buku karangan bekas ahli seumur hidup PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afghani iaitu KAFIRKAH AKU?

Baca artikel selanjutnya KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...