Khamis, 7 Mac 2013

Pemimpin bersama Nelayan Pantai Rhu Rendang


Rhu Rendang 05/03/2013 - Program Pemimpin Bersama Nelayan Rhu Rendang bersantai sambil minum petang telah diadakan di gerai makan berhadapan dengan Komplek LKIM Marang. Program dianjur oleh Penyelaras DUN Rhu Rendang bersama Persatuan Nelayan dan LKIM Daerah Marang.

Turut hadir En.  Razali Bakar (Pegawai BTN Negeri Terengganu), En. Sulong @ Musa- Pengerusi Persatuan Nelayan, En. Taufik - Pegawai LKIM dan Cikgu Awang - wakil Nelayan Pantai Dun Rhu Rendang.

Pertemuan yang diadakan adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim diantara pemimpin dengan warga nelayan serta mengenali dengan lebih dekat lagi beberapa masalah yang dihadapi oleh nelayan ketika ini.

Beberapa persoalan yang telah ditimbulkan oleh wakil nelayan serta mereka yang hadir kepada Tuan Haji Nik Dir dan juga En. Taufik. Segala persoalan serta permasalahan yang timbul telah dapat diselesaikan dan mendapat kata putus daripada Tuan Haji Nik Dir agar dapat diambil tindakan dengan seberapa segera.

Lebih kurang 40 orang nelayan hadir sama dimajlis yang dianjurkan itu. Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...