Isnin, 11 Mac 2013

ANWAR TAK BERSALAH, KATA BAPAK SAIFUL SELAKU HAKIM MAHKAMAH TINGGI


Anwar kata dirinya tidak bersalah dengan permohonan maaf bapa Saiful

GEORGE TOWN, 9 Mac — Permohonan maaf bapah Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazin, membuktikan dirinya tidak bersalah dalam tuduhan liwat, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Alhamdulilah, mereka boleh adakan konspirasi sekali, dua kali, tahun 1998 dan sekali lagi 2008, dan konspirasi itu akhirnya didedahkan Azlan,” katanya kepada 10,000 penyokong Pakatan sempena sambutan lima tahun kemenangan Pakatan Rakyat di Esplanade malam tadi.
“Saya sentiasa tidak bersalah dari kes pertama hingga tahun lalu, mahkamah membebaskan saya dengan tuduhan ini tahun lalu,” katanya lagi.
Ketua umum PKR itu berkata, pengakuan ayah Saiful mendedahkan konspirasi ke atas beliau adalah kerana “berkat doa” untuk kebenaran didedahkan.
Kemudian, bekas timbalan perdana menteri itu berterima kasih kerana Azlan tampil ke hadapan memberitahu kebenaran dan mendedahkan konspirasi.
Azlan mendedahkan dalam sidang media bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu, termasuk pegawai khas perdana menteri, untuk memburukkan Anwar dengan tuduhan liwat.
Azlan berkata semua sidang media beliau dan Saiful disediakan pegawai khas perdana menteri dan seorang peguam.
Tahun lalu, mahkamah tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar ke atas tuduhan meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 di sebuah condom di Kuala Lumpur.
Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan ke atas keputusan tersebut, dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes tersebut pada 22 Julai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...