Sabtu, 2 Mac 2013

Pemimpin Bersama Warga RELA DUN Rhu Rendang


Rhu Rendang 01/03/2013 - Program Pemimpin Bersama Warga RELA DUN Rhu Rendang bagi Kg. Medan Jaya, Marang telah diadakan pada hari ini jam 9.00 malam di Dewan Serbaguna Medan Jaya, Marang, Terengganu.

Penyerahan pakaian RELA bagi anggota baru Kg. Medan Jaya juga telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku kepada 10 orang penerima sebagai gimik.

Turut hadir Pegawai RELA Daerah Marang, Puan Siti Fatimah dan Timbalannya En. Mohd. Isa, Pengerusi JKKK Kg. Medan Jaya, YM Tengku Sulaiman, Pengerusi SRS En. Hamzah Omar dan Ketua Unit RELA Medan Jaya En. Abdul Malik.

Menurut Tuan Haji Nik Dir, Kg. Medan Jaya adalah salah sebuah Taman Perumahan yang cukup aktif menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan sejak sekian lama dan beliau cukup kagum dengan kepimpinan serta kemuafakatan masyarakat setempat dalam menjayakan apajua aktiviti yang dijalankan.

Selain daripada itu juga beliau menyarankan agar semua aktiviti serta perancangan yang dirancang terus dijalankan secara berkala dan berteruskan demi untuk merencanakan kejayaan khasnya kepada penduduk Taman Medan Jaya.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...