Isnin, 4 Mac 2013

Janji Ditepati - BR1M 2.0 Fasa 1 Remaja DUN Rhu Rendang


Rhu Rendang 03/03/13 - Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) fasa pertama bagi Remaja 21 tahun ke atas bagi Peti Undi Seberang Marang, Batangan, Rhu Muda dan Luar DUN berlangsung pada hari ini bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 6.00 petang, dengan melibatkan seramai 1,168 orang dengan RM292,000.00.

Majlis pengagihan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku dan dibantu oleh Penyelaras Pemuda DUN En. Zaidi Awang serta Cikgu Hasmadi Ghaza.

Tuan Haji Nik Dir dalam kenyataannya menyebut bahawa penerima BR1M 2.0 perlu sedar bahawa bantuan kerajaan ini adalah bukan untuk meraih undi sepertimana yang digembar-gemburkan oleh parti pembangkang.

Namun begitu beliau berharap penerima-penerima bantuan memikir dengan sebaik mungkin, jika mahukan BR1M ini diteruskan atau ditambah pada tahun-tahun yang akan datang.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI dan DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...