Ahad, 13 Januari 2013

Pemimpin Prihatin, Janji Ditepati


Rhu Rendang 12/01/2013 - Keprihatinan dan Janji Ditepati, seawal pagi Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, bersama rombongan terdiri daripada Ketua Pemuda/Puteri dan  Wanita UMNO DUN telah mengadakan lawatan ke beberapa buah rumah pesakit kronik di Kg. Alor Pak Bang, Kg. Baru Kelulut, Kg. Bukit Gasing dan Kg. Gong Beris.

Selain daripada lawatan, sumbangan berupa wang tunai dan juga barangan telah disampaikan dalam lawatan yang diadakan.

Diantara pesakit yang dilawati adalah Adik Noor Ashikin binti Adnan, 20th, dialamat 1744, Kg. Alor Pak Bang mengidap penyakit 'Barah Darah' yang dihidapinya sejak tahun 2010.

Adik Noor Ashikin berbaju kuning hanya mampu tersenyum gembira dengan lawatan tersebut

Menurut ibunya, Dua kali setiap bulan beliau terpaksa membawa anaknya ke HSNZ Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan. Doktor yang merawat anaknya itu memaklumkan bahawa buah pinggang anaknya juga didapati menhadapi masalah di tahap 4 dan hanya bergantung kepada ubat yang dibekalkan.


Manakala di Bukit Gasing pula, lawatan kerumah Tuan Haji Othman Muslim, 76 tahun, bekas Imam Masjid Bukit Gasing dan juga pesara PAR SMK Tengku LELA Segara mengidap penyakit 'angin ahmal' sejak 10 bulan yang lalu.  Menurut isterinya, suaminya sejak kebelakangan ini tidak mampu untuk berjalan dan hanya mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sepatah perkataan.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK SINI dan seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...