Jumaat, 18 Januari 2013

Majlis Syura Pas Diingatkan Jangan Lupa Isu Anwar Sokong Keselamatan Israel


KUALA LUMPUR 16 Jan – Walaupun Majlis Syura Ulama Pas telah pun membuat keputusan berhubung isu Kalimah Allah namun mereka sebenarnya masih lagi berhutang dengan satu lagi isu besar yang sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya iaitu isu sokongan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel seperti yang disiarkan di dalam Wall Street Journal (WSJ) beberapa bulan lalu.
Sehingga kini perkara itu masih belum selesai kerana rakyat masih lagi tertunggu-tunggu apakah keputusan dari Majlis Syura Ulama Pas.
Mengulas perkara tersebut, Exco Pemuda UMNO,  Ustaz Syahrin Jamaluddin mempersoalkan apakah Anwar “maksum“ di kalangan  kepimpinan Pas.
“Pas, DAP dan PKR bergabung tanpa ideologi yang jelas… .namun pada satu ketika seolah-olah memperlihatkan Pas mempertahankan individu Anwar ini tersangat hebat. Dan ini menimbulkan keraguan terhadap rakyat.
“Apa yang datang daripada Anwar kita boleh lihat bagaimana tidak konsistennya Pas…. Dan adakalanya buat tak nampak… daripada situ kita boleh lihat seolah-olah menzahirkan Anwar adalah seorang yang insan yang istimewa di sisi Pas..bukan semua tetapi yang ada kepentingan. Justeru kita harap Pas khususnya Majlis Syura Ulama mereka tidak lupalah isu dakwaan sokongan Anwar terhadap Israel seperti yang disiarkan di dalam Wall Street Journal (WSJ) “, katanya kepada UMNO-Online di sini
Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah apakah majlis berkenaan sudah terlupa terhadap isu berkenaan.
“Apakah Majlis Syura lupa untuk bermesyuarat bagi mengambil ketetapan atau pendirian berhubung isu berkenaan….Atau pun saya terlepas pandang berkenaan pendirian mereka itu?.
“Cumanya jika belum ada ketetapan, singkap-singkaplah balik isu tersebut agar keberanian mereka dalam isu hari ini berterusan. Tentunya segala pandangan dan tanggapan sebelum ini dapat dikikis,” katanya. -MediaUMNO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...