Sabtu, 22 Oktober 2016

Sebilangan Besar Ahli Parlimen Pembangkang BIADAP

PAS mengambil pendekatan berbeza berbanding sebilangan besar ahli Parlimen pembangkang yang meninggalkan Dewan Rakyat ketika Datuk Seri Najib membentangkan Bajet 2017.

Ahli Parlimen parti itu mengikuti pembentangan Bajet 2017 oleh Najib sehingga selesai meskipun ahli Parlimen pembangkang menunjukkan protes kira-kira 30 minit sebelum pembentangan berakhir. 

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz berkata, PAS berpendirian bahawa sebarang bantahan atau sokongan terhadap pembentangan tersebut perlu dibuat semasa sesi perbahasan pada minggu hadapan.

"Kita (PAS) tak bangun dah. Kita akan terus mendengar sebab sikap kita, PAS kita akan nyatakan sokongan dan juga yang kita tidak puas hati di perbahasan nanti.


"Sikap yang diambil oleh sebahagian ahli Parlimen tadi, tidak profesional lah bagi saya. Tapi itu adalah hak masing-masing. Tuan Speaker pun dah bagi kalau (mereka) nak keluar, keluarlah," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, parti itu tidak dimaklumkan berkenaan rancangan untuk meninggalkan dewan serta mengangkat sepanduk yang dibuat oleh Ahli Parlimen pembangkang yang lain.

"Kita ada cara tersendiri melalui peraturan dewan... Saya tidak tahu rancangan itu, saya tidak tahu. Itu terpulang mereka berkenaan dengan MO1, kita pun persoal juga siapa MO1," katanya.

Terdahulu, ahli parlimen pembangkang meninggalkan dewan sebagai protes kepada pembentangan Bajet 2017 oleh Najib.

Pembangkang mendakwa kerajaan Persekutuan bermain sandiwara dalam isu melibatkan ekonomi negara.

Sumber: KLIK DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...