Selasa, 9 Disember 2014

UTM Hasilkan Prototaip Tukun Tiruan, Nelayan Pantai Musnahkan ???


JOHOR BAHRU - Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya menghasilkan prototaip tukun tiruan yang murah dan senang dipasang bagi membantu pembiakan ikan di perairan negara.

Menerusi rekaan berbentuk modular, tukun yang diperbuat daripada konkrit dan besi itu dijangka tahan lama bagi menjana pendapatan golongan nelayan pantai dalam jangka masa panjang. Tapi sebaliknya KLIK SINI

"Tukun ini dihasilkan penyelidik dan pelajar tahun dua Seni Bina fakulti ini dengan kerjasama penyelidik daripada Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tenggara (SEAFDEC), Jabatan Perikanan Malaysia dan penduduk Kampung Ayer Papan, Mersing," kata Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina UTM Dr Alice Sabrina Ismail.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Bengkel Penglibatan Komuniti Ke Arah Pemuliharaan Alam Sekitar dan Masyarakat Lestari, di sini hari ini.

Beliau berkata, 50 unit tukun bersaiz 4x4x3 meter setiap satu, dicadang untuk dilepaskan di perairan Mersing dan ia dijangka dapat membantu meningkatkan pendapatan antara 100 dan 200 nelayan di kawasan tersebut pada masa akan datang.

"Kita memerlukan RM200,000 untuk membuat tukun-tukun ini dan mengalu-alukan mana-mana pihak untuk memberi sumbangan bagi menjayakannya sebagai projek komuniti bagi membantu golongan nelayan di kawasan ini," katanya.

Pegawai Daerah Mersing Md Nasir Abdul Salam yang turut hadir pada bengkel tersebut, berkata nelayan pantai di kawasan Mersing memperoleh pendapatan yang rendah berikutan masalah pencemaran laut dan cuaca tidak menentu.

"Selain itu, kawasan penangkapan ikan mereka terhad dan sering kali diceroboh nelayan asing," katanya sambil menambah usaha melepaskan tukun itu mampu meningkatkan sumber ikan di perairan Mersing.

Penyelidik SEAFDEC Ahmad Ali berkata pencerobohan nelayan asing dan ketiadaan tempat membiak menyebabkan proses pembiakan ikan berlaku dengan perlahan di kawasan berkenaan.

"Dengan adanya tukun tiruan yang mampu menahan kerosakan akibat pukat tunda nelayan asing, ikan-ikan dapat membiak dengan jumlah berganda bagi menjana pendapatan kepada nelayan," katanya. - Bernama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...