Khamis, 18 Disember 2014

Banjir Terengganu semakin parah


Kuala Terengganu: Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 6,480 orang hingga jam 4 petang ini berbanding 4,269 orang jam 10 pagi tadi.
Menurut portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu, Hulu Terengganu mencatatkan daerah tertinggi mangsa banjir dengan 2,103 orang daripada 671 keluarga ditempatkan di 29 pusat pemindahan.
Besut mencatatkan 2,026 orang daripada 527 keluarga ditempatkan di 21 pusat pemindahan.
Di Setiu seramai 1,213 orang daripada 322 keluarga ditempatkan di 13 pusat pemindahan diikuti Kemaman seramai 571 orang daripada 162 keluarga ditempatkan di 16 pusat pemindahan.
Di Dungun seramai 567 orang daripada 164 keluarga ditempatkan di 14 pusat pemindahan manakala sebuah pusat pemindahan di Kuala Terengganu yang menempatkan seramai 18 orang daripada empat keluarga ditutup kira-kira 1 petang tadi.
Dua jalan ditutup kepada kenderaan ringan di Kemaman iaitu Jalan Kampung Ibok dan Jalan Air Putih-FELDA Seberang Tayor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...