Jumaat, 5 Disember 2014

#PAU 2014 DAH SELESAI, TAPI #KETUM SG BULUH BILA LAGI ???


Penghakiman kes Anwar sedang disediakan - Ketua Hakim Negara

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan sedang menyiapkan penghakiman berhubung rayuan terakhir Penasihat PKR, Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas sabitan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, ketika dihubungi hari ini berkata beliau tidak dapat memberikan tarikh tepat kerana panel hakim masih menyiapkan penghakiman mereka.

"Saya tidak boleh memberitahu tarikh sebenar sehingga kami (hakim-hakim) melengkapkan penghakiman. Kami masih membaca penghujahan, biarlah kami membaca terlebih dahulu sebelum menulis penghakiman. Berilah kami ruang untuk menyediakannya," katanya ketika ditanya mengenai tarikh pengumuman keputusan kes rayuan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan.


Arifin yang mempengerusikan panel lima hakim dalam kes rayuan itu berkata, seseorang hakim diberi tempoh yang munasabah untuk menyelesaikan penghakiman kerana setiap kes adalah berbeza.

Empat lagi hakim ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...