Ahad, 14 Disember 2014

PAS HANYA LAYAK MENJADI PM SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN JEPUN ???


PAS buat kelakar...

Dr Burhanuddin pernah dicalon PM Tanah Melayu.

Semasa zaman pemerintahan Jepun ketika itu boleh lah kot.....ha.ha..ha..

KOTA BHARU: Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada pada persidangan 15 Ogos 1945 merancang menubuh kabinet yang diketuai Dr Burhanuddin Al Helmy apabila Tanah Melayu dimasyhurkan merdeka.


Tokoh PAS  itu dipersetujui dilantik sebagai Perdana Menteri, manakala anggota-anggota lain kabinet yang disenarai termasuk Dato’ Abdul Rahman Yassin, Dato’ Abu Samah Ali dan Dato’ Onn Jafar.

Veteran PAS, Subky Abdul Latif berkata, bagaimanapun kabinet yang dirancang itu tidak menjadi kenyataan kerana Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Bersekutu.

Bagaimanapun menurut Dr Mohamad Muzammil Mohamad Noor dari USM, nasionalis Indonesia ketika itu tergesa-gesa mengisytiharkan kemerdekaan Negara itu pada  17 Ogos 1945 iaitu dua hari selepas Jepun menyerah kalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...