Sabtu, 7 Mac 2015

SURAT PALSU PAS DIKELUARKAN OLEH PASMA ?


PAS nafi keluar arahan kepada ahli sertai perhimpunan

KUALA LUMPUR, 7 Mac: PAS menafikan parti itu mengeluarkan kenyataan yang mengarahkan ahli dan penyokong parti untuk menyertai perhimpunan #Kitalawan.

Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi kenyataan dalam Facebook Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Abdul Hadi ketika ini, berhubung perhimpunan itu.

Penafian itu dibuat, berikutan penyebaran satu surat rasmi palsu parti itu di laman sosial yang bertanda tangan Presiden PAS itu.


“Sukacita dimaklumkan, Tuan Guru Presiden PAS kini berada di Tanah Suci Mekah, bagi menunaikan Ibadat Umrah. Dengan ini, dimaklumkan bahawa kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, 6 Mac 2015 adalah palsu,” katanya.

Antara isi kandungan surat berkenaan menyatakan, Abdul Hadi menggesa semua pimpinan dan ahli PAS untuk bersama menyertai perhimpunan #Kitalawan sebagai tanda solidariti kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...