Rabu, 4 Mac 2015

Berpakaian tidak sopan dan menjolok mata di khalayak ramai


MAIDAM PERLU MELAKSANAKANNYA DISETIAP DAERAH. JANGAN HANYA TERTUMPU DI KUALA TERENGGANU SAJA ???

KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memberikan kaunseling kepada tujuh pasangan yang ditahan kerana berkelakuan tidak sopan dalam operasi Maidam baru-baru ini.


Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd Rozali Saleh berkata, semasa kaunseling itu mereka berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.


"Mereka ditahan mengikut Seksyen 34 dan 35 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001, di mana berpakaian tidak sopan dan menjolok mata di khalayak ramai adalah kesalahan.


"Begitu juga dengan perempuan yang mendedahkan aurat di tempat awam, ia juga adalah satu kesalahan.


"Sesi kaunseling bagi pesalah lain yang ditahan dalam operasi sama akan diadakan dua kali lagi iaitu pada 8 dan 15 Mac ini bagi memberi kesedaran kepada mereka yang ditahan di bawah peraturan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Mengikut enakmen itu, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.



Mohd Rozali berkata, Maidam akan terus menguatkuasakan peraturan sedia ada dan berharap semua pihak terutama ibu bapa memantau pergerakan anak mereka kerana kebanyakan yang ditahan adalah remaja. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...