Jumaat, 21 September 2012

Program Pemimpin Bersama Rakyat - Majlis Interaksi, Kempen Makan Ikan Air Tawan & Projek 'Touch Point'



Marang 19/09/2012 - Program Pemimpin Bersama Rakyat, Majlis Interaksi, Kempen Makan Ikan Air Tawar serta Projek 'Touch Point' telah diadakan di perkarangan Pejabat Perikanan Daerah Marang pada hari ini bermula jam 10.00 pagi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang. 

Turut hadir Pengarah Perikanan Negeri Terengganu En. Abdul Khalil bin Abdul Karim, Pengarah LKIM Negeri Terengganu, Tuan Haji Mhd. Shafee bin Mohd, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu-Penghulu Mukim termasuk Pegawai Penguatkuasaan Maritim Malaysia Terengganu serta wakil-wakil Persatuan Nelayan seluruh Daerah Marang.

Menurut Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, En. Abdul Karim pihak jabatan telah meluluskan peruntukkan bagi perlaksanaan ProjekTouch Point bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada golongan sasar yang dapat menyumbang kepada peningkatan pendapatan dan taraf hidup rakyat.

 

Bantuan tersebut akan diberikan terus kepada golongan sasar melalui empat program adalah: Pertama: Program Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum ke 8 buah sungai bagi 6 daerah di Negeri Terengganu - Hulu Terengganu, Setiu, Besut, Dungun, Kemaman dan Marang.

Kedua: Program Bantuan Jaket Keselamatan dimana setiap sampan akan menerima 2 buah jaket keselamatan, melibatkan 190 buah lesen sampan baru kepada Nelayan Zon A.

 

Ketiga: Program Pemulihan Kolam dan Sangkar Terbiar melibatkan 887 orang penternak dan keempat: Program Peningkatan Kemudahan dan Bantuan kepada Input Projek Berkelompok dikhususkan kepada penternak Projek Ternakan Air Tawar Dalam Sangkar dengan peruntukkan kos yang telah ditetapkan.

Menurut En. Abdul Karim keseluruhan kos Projek 'Touch Point' di Negeri Terengganu adalah RM481,649.00.

Manakala dalam ucapan ringkas Tuan Haji Nik Dir mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Perikanan Negeri yang telah memberikan kerjasama serta mengambil berat diatas permasalahan yang dihadapi oleh nelayan-nelayan Daerah Marang.


Umpamanya dengan meluluskan peruntukkan kepada 67 orang peserta Ternakan Air Tawar bagi Daerah Marang dengan kos RM12,622.80, selain membekalkan 200 beg makanan ikan marin kepada 40 orang peserta.

Projek ternakan udang seluas 1,090 hektar dengan anggaran pelaburan berjumlah 1.8 billion juga telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri di Kg. Pasir Putih, Merchang. Projek ini bakal diusahakan oleh Syarikat Ocean Aquatic Marine (M) Sdn. Bhd dari Malaysia dengan kerjasama Syarikat Zhanjiang Guolian Aquatic Co. Ltd dari China.

Untuk paparan selanjutnya sila layari lama facebook Rhu Rendang dan 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...