Jumaat, 3 Oktober 2014

PERSATUAN NELAYAN DAERAH MARANG DIBUBARKAN ??

Begini lah keadaannya, lampu yang terang adalah dihadapan pejabat LKIM
dan bukannya tempat dimana ikan-ikan diurusniaga untuk pasaran.
MARANG - Persatuan yang ditubuhkan sepatutnya memberi munafaat atau menjaga kebajikan ahli-ahli, tetapi sebaliknya Persatuan Nelayan Daerah Marang.

Rintihan ahli-ahli tidak diperdulikan dan tidak cakna apa permasalahan yang ditimbulkan oleh ahli-ahli.

Sebagai contoh Komplek Perikanan Daerah Marang telah dirasmikan oleh MB Terengganu pada 24/11/2011.

Kemudian komplek tersebut telah diserahkan oleh LKIM Daerah Marang kepada Persatuan Nelayan Daerah Marang untuk penyelenggaraan bagi memudahkan pendaratan ikan-ikan setiap hari oleh ahli-ahli.

Namun sebaliknya pula berlaku, pendaratan ikan ada tidak berjadual dan masa tidak menentu. Adakalanya sebelah pagi jam 3.00 atau sebelum subuh.

Alangkah terkilannya lampu-lampu di komplek tersebut tidak dinyalakan sejak beberapa lama oleh pihak persatuan, walaupun beberapa kali rintihan serta pemberitahuan telah dimaklumkan kepada Pengerusi Persatuan, namun tidak diindahkan.

Dalam keadaan bergelap terpaksalah nelayan atau ahli-ahli menguruskan pendaratan ikan untuk dimasukkan ke dalam tong-tong sebelum dihantar keluar ke distinasi yang telah ditetapkan.

Perkara ini telah berlarutan sehingga lah ke hari ini.

Diharap Pengerusi Persatuan Cakna dengan permasalahan yang dihadapi oleh ahli-ahli. Jika tidak perlulah meletak jawatan dan diganti dengan mereka yang benar-benar boleh membawa pembaharuan kepada persatuan terutama ahli-ahli.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...