Jumaat, 31 Oktober 2014

HUJAH LEMAH DAN ULANG TAYANG MENGUATKAN LAGI ANWAR KE SUNGAI BULOH ?


Konklusi hujah peguam-peguam Anwar Ibrahim pada hari kedua, lebih kepada mengulangi hujah-hujah mereka sebelum ini di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Padahal, hakim Mahkamah Rayuan sudah membuat penilaian dengan hujah-hujah mereka setebal 85 mukasurat.

Peguam-peguam Anwar Ibrahim mengulangi persoalan tentang dakwaan 'pencemaran dan degradasi (Sumber)' sampel calitan yang diambil daripada Saiful Bukhari. Mereka juga mempertikaikan sudut teknikal pengesahan DNA oleh pakar perubatan dan pakar Kimia.


Padahal, jika kita merujuk kepada hujah Hakim Mahkamah Rayuan, pakar Kimia, Dr Cheah telah mengesahkan bahawa tiada kerosakan pada bukti yang beliau terima.

In her testimony, PW5 confirmed that she found no evidence of any tampering to the seals on the various individual containers which contained the swabs. According to her, had she found any evidence of tampering she would have stated it in her report. In the chemist report prepared by PW5 (exhibit P25), she has recorded the results of her analysis of the exhibits in the containers. From the examination, PW5 was able to detect semen on swabs B5, B7, B8 and B9. Using the sperm isolation test, she found sperm cells in those specimens and from a microscopic examination, PW5 found sperm heads.

Dan berdasarkan kepada keterangan lisan dan dokumen-dokumen, hakim perbicaraan Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap responden.

Dengan berbuat demikian, hakim perbicaraan telah mengambil kira yang berikut:

(a) bahawa kredibiliti Saiful Bukhari masih utuh;
(b) bahawa terdapat bukti yang menguatkan kesaksian Saiful Bukhari;
(c) bahawa integriti dan rangkaian keterangan berhubung barang-barang kes, tidak rosak dan tidak diganggu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...