Ahad, 19 Oktober 2014

PERPECAHAN PAS DALAM PAKATAN SEMAKIN RANCAK ?


KUCHING, 18 Okt (Bernama) -- DAP Sarawak hari ini menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR).
Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.

"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya.
Beliau berkata PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.
"Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas," katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...