Khamis, 7 Ogos 2014

#TTB : MASALAH KESESAKAN LALU LINTAS DI KUALA T'GANU DIATASI SECEPAT MUNGKIN

MBKT JUGA PERLU MEMAINKAN PERANAN MENGATASI KESESAKAN LALULINTAS YANG KERAP BERLAKU DIMUSIM PERAYAAN DI LALUAN TERMINAL BAS KUALA TERENGGANU

RASANYA HAMPIR SETIAP TAHUN KESESAKAN TETAP BERLAKU. SEDANGKAN LALUAN TERSEBUT BERLAKU DISEKELING BANGUNAN MBKT.


APAKAH TIDAK TERFIKIR UNTUK MENCARI JALAN ALTERNATIF MENGATASI KESESAKAN TERSEBUT ??? TAK KAN NAK TUNGGU MB TURUN PADANG JUGA ??




KUALA TERENGGANU, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri akan mencari pendekatan sesuai dalam menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang kritikal di Kuala Terengganu, terutama di pusat bandar, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Katanya, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Ir Rosli Othman akan mengadakan perbincangan terperinci bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ekoran kejayaan pihak tersebut melancarkan aliran trafik di sekitar Kuala Terengganu sepanjang Aidilfitri lalu.

"Nampaknya, usaha dan pelan tindakan yang dibuat JKR dan PDRM pada Aidilfitri lalu berjaya menyuraikan kesesakan trafik dan ini memberi idea kepada kita untuk menyelesaikan masalah itu, terutama di sekitar Jambatan Sultan Mahmud.

"Antara cadangan ketika ini ialah membina susur keluar yang baharu serta mengubah suai laluan melibatkan lampu isyarat di jambatan tersebut untuk keselesaan pengguna," katanya di sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco hari ini.

Pada Aidilfitri lalu, lima jalan dan persimpangan utama di sekitar Kuala Terengganu ditutup bermula 24 Julai sehingga 3 Ogos iaitu Persimpangan Bukit Tumbuh, Persimpangan Bukit Tunggal, Persimpangan Buloh Gading/Tanjung Bunut, Persimpangan Gong Kapas/Pasir Panjang dan juga Persimpangan Jalan Kemajuan/Jalan Tengku Mizan.

Ahmad Razif berkata antara cadangan kerajaan negeri termasuk membesarkan terowong di Seberang Takir sebagai laluan alternatif bagi mengelak kesesakan apabila menggunakan laluan di persimpangan lampu isyarat di kawasan itu.

"Kita boleh buat beberapa penambahbaikan di sekitar Kampung Serdang Baru dan Bukit Tunggal agar masalah kesesakan tidak lagi menjadi rungutan di kalangan pengguna jalan raya di situ.

"Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat setiap rungutan atau cadangan daripada rakyat, termasuk masalah kesesakan ini," katanya. BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...