Sabtu, 16 Ogos 2014

WALAU APAPUN TERJADI, PAS TETAP TOLAK JIJAH KIPAS !!!


KUALA LUMPUR - Pas kekal dengan keputusannya tidak menerima Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu kekal dengan pendirian menolak Wan Azizah daripada menjadi Menteri Besar selari dengan titah Sultan yang memberi perkenan kepada Abdul Khalid walaupun mendapat tentangan daripada DAP dan PKR.

"Pas telah menghantar alasan tidak menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar kepada Pakatan Rakyat secara tertutup. Kami juga tidak menamakan calon lain.
"Pas juga tidak akan mencalonkan wakilnya untuk menjadi Menteri Besar kerana perjanjian dengan Pakatan Rakyat menyatakan Menteri Besar mesti daripada kalangan Ahli Dewan Undangan PKR," katanya selepas Mesyuarat Lujnah Politik Pas di sini tengah malam tadi.
Mesyuarat itu turut membincangkan mengenai tindakan dua ADUN yang menyatakan pendirian menyokong Wan Azizah serta empat Exco parti itu yang berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor semalam. - KOSMO!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...