Isnin, 4 Ogos 2014

Umno Terengganu buat rombakan kecil jawatan


KUALA TERENGGANU - Umno Terengganu membuat rombakan kecil bagi jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangan negeri.  

Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata menerusi pelantikan baharu itu, Adun Jertih, Muhammad Pehimi Yusof dilantik sebagai setiausaha menggantikan Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Bendahari Umno bahagian Kuala Terengganu, Mohd Nasir Yusof pula dilantik memegang jawatan bendahari menggantikan Nik Dir Nik Wan Ku sementara Datuk Abdul Rahman Bakar digantikan dengan Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar sebagai ketua penerangan.

Ahmad Razif berkata Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari kekal sebagai timbalan pengerusi badan perhubungan.

Beliau berkata rombakan itu dipersetujui Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memperkukuh jentera pentadbiran Umno negeri. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...