Rabu, 16 Mac 2016

PAS TERDESAK MENCARI RAKAN KONGSI, KOSONG PUN KOSONG LAH

KUALA LUMPUR: DAP menganggap gabungan PAS dengan parti politik lain bagi membentuk blok pembangkang baharu tidak memberi sebarang ancaman kepada pakatan pembangkang sedia ada.

Penasihatnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, berkata pakatan baharu itu diibaratkan sebagai kosong.

"Saya tidak mahu mengungkapkan perkataan tidak baik tetapi di dalam politik, ia seperti kosong tambah kosong bersamaan kosong," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, sebentar tadi.


KUALA LUMPUR - Pas hari ini menegaskan bahawa kerjasama politik antara Pas dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bukan punca kaum Melayu di negara ini berpecah.

Malah menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kaum Melayu di negara ini sudah lama berpecah.

"Apa yang kita lakukan (kerjasama politik ini) ialah untuk satukan Melayu dan semua kaum di Malaysia," katanya.

Sebelum ini, ada pihak menyifatkan pembentukan blok politik ketiga hanya akan memecahbelahkan perpaduan Melayu.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa Pas tidak pernah menyebut bahawa parti Islam itu akan bergerak sendiri.

"Kita terima hakikat masyrakat majmuk yang ada di Malaysia.

"Kalau Pas dapat majoriti besar sekalipun, Pas tidak akan membelakangi kaum-kaum lain. Mesti bersama. Mengikut tuntutan agama kita, wajib menghormati masyarakat majmuk," katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...