Selasa, 29 Mac 2016

AMANAH BERKUBOR DI TERENGGANU

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) membidas sikap berdolak-dalih Pas Terengganu apabila membuat pusingan U berhubungan kesediaan parti Islam itu menjadi penasihat kepada Umno.

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah turut membidas Pesuruhjaya Pas negeri itu yang mendakwa beliau berbohong sedangkan tawaran Pas itu dibuat pada November tahun lepas.

"Presiden Pas sendiri membuat kenyataan ingin menjadi penasihat kepada Umno. Pas tidak berhasrat untuk mengambil alih atau menukar kerajaan kerana memadai menasihati saja.


"Kenapa apabila media perdana melaporkan isu Pas jadi penasihat kepada kerajaan Umno tiada reaksi atau tindakan? Apabila saya sebut perkara ini dianggap fitnah?" katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini.

Beliau mengulas desakan Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar supaya laman-laman portal dan media yang melaporkan berita mengenai ucapan presiden parti itu yang diambil daripada media pro-kerajaan supaya memohon maaf.

Menurutnya laporan yang ditulis dengan tajuk “Bersatu Tentang Agenda DAP – Hadi” disiarkan pada 22 Mac lalu didakwa ditulis dengan niat untuk menjatukan kredibiliti Presiden Pas.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli pula mendakwa penafian Pas itu dibuat kerana untuk meredakan kemarahah ahli Pas dan rakyat di negeri itu.

"Saya percaya ahli Pas dan rakyat Terengganu sudah mula menyampah dengan parti yang berdolak dalih ini. Saya yakin Presiden tidak gembira dengan kenyataan Pesuruhjaya Pas Terengganu ini.

"Sebab itu Pesuruhjaya Pas Terengganu membuat u-turn dalam isu ini dan menafikan apa yang disebut oleh presiden mengenai peranan Pas menjadi penasihat," katanya lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...