Rabu, 22 Jun 2016

ENAM SEKELUARGA NAK KAYA CEPAT JUAL MERCUN

MARANG - Ibu bersama lima anaknya ditahan selepas dipercayai memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api dalam satu serbuan di Bukit Gasing, di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan di rumah tidak bernombor kira-kira jam 3.00 pagi itu, polis menemui barangan terlarang itu di bahagian dapur kediaman berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, ketika serbuan dilakukan pihaknya mendapati rumah berkenaan dihuni enam sekeluarga termasuk ibu berusia 62 tahun.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut polis menemui pelbagai jenis mercun yang cuba disorok di bahagian dapur rumah berkenaan.

"Pelbagai jenis mercun dirampas dalam serbuan itu antaranya jenis Happy Boom 108 Shot, Candela China, Artillery Shells, Assorted Caked 138 dan Firework Scenery 138 Shot.

"Rampasan dianggarkan berjumlah RM10,000 mengikut harga pasaran semasa.


"Susulan penemuan bahan terlarang itu, polis menahan kesemua enam sekeluarga berkenaan bagi menjalankan siasatan terhadap pemilikan mercun terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali.

Kes disiasat mengikut seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10,000 atau kedua duanya sekali.

Kesemua suspek tiada rekod jenayah lampau dan dibebaskan dengan jaminan polis.


Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...