Isnin, 21 November 2011

BANTUAN KEPADA WARGA EMAS, IBU TUNGGAL, WARGA MISKIN MENGHADAPI MUSIM TENGKUJUH


Kelulut 19/11/2011 - Persiapan awal bantuan kepada warga emas, ibu/bapa tunggal serta keluarga miskin, Pengerusi JKKK Kg. Kelulut telah mengambil langkah-langkah awal membantu keluarga-keluarga sebagaimana yang telah dinyatakan, bagi meringankan beban untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir yang akan melanda dikawasan tersebut.

Penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, berupa beras dan barang-barang keperluan dan turut hadir Penghulu Mukim Pulau Kerengga.  Majlis telah diadakan di Balai Raya Kg. Kelulut, Marang, Terengganu.



Untuk paparan selanjutnya sila layari:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...