Rabu, 16 November 2011

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID 2011 SEK. KEB. BATANGAN


Batangan 16/11/2011 - Hari Anugerah Kecermelangan Murid 2011 dan Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012, Sekolah Kebangsaan Batangan, Marang, Terengganu telah diadakan pada hari ini di Dewan Mohd. Ali, sekolah tersebut.  Majlis telah disempurna serta dirasmikan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Disamping penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang, Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012 berjumlah RM100 juga dilaksanakan yang melibatkan 167 orang pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6 dengan melibatkan wang berjumlah RM16,700.


Ibu/Bapa serta penjaga pelajar-pelajar terlibat mengucapkan jutaan terima kasih kepada PM Malaysia dan juga pihak Kerajaan Negeri Terengganu, dimana dengan wang yang diterima maka dapatlah membantu keluarga untuk membeli peralatan pakaian anak-anak bagi persekolahan tahun 2012.


Paparan selanjutnya sila layari:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...